Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sadis! Tergilis Pembonceng, Pemandu Treler Hanya Mampu Peluk Mangsa Kemalangan

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Pulau Indah, Klang, tengah hari tadi.

Tarik jasad pembonceng

Apa yang lebih meruntun jiwa, rakaman itu memaparkan penunggang lelaki berada dalam keadaan cemas menarik jasad pembonceng wanita yang sudah tidak bernyawa.

pembonceng

Manakala, pemandu treler yang terlibat kelihatan terkejut apabila menyedari bahawa dirinya tidak sengaja tergilis mangsa sebaik keluar dari kenderaan berat.

Dalam keadaan terkejut dan serba salah, dia kemudian dilihat cuba menenangkan kanak-kanak perempuan yang turut membonceng motosikal tersebut dengan merangkul anak kecil terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suasana bertambah pilu apabila kanak-kanak itu kemudian dipeluk bersama oleh penunggang lelaki, dan ketiga-tiganya menangis dalam keadaan penuh duka.

Saat itu memperlihatkan bagaimana penunggang motosikal, anak kecil dan pemandu treler yang serba salah, sama-sama terperangkap dalam kesedihan yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

Artikel lain: Hasrat Pekerja Ladang Sertai Himpunan RXZ 7.0 Tak Kesampaian, Kaki Kiri Putus Digilis Lori

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggangi mereka berselisih dengan treler berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Impak kuat menyebabkan pembonceng wanita maut di lokasi kejadian selepas digilis, manakala si penunggang lelaki dan kanak-kanak perempuan terselamat namun trauma menyaksikan insiden ngeri itu.

pembonceng

Rakaman tersebut kini tular dan mencetuskan rasa simpati dalam kalangan warganet.

Rata-rata mengakui mereka tidak sanggup menonton hingga akhir kerana terlalu sebak melihat keadaan keluarga malang itu, di samping mendoakan agar mereka diberi kekuatan menghadapi dugaan besar ini.

Sumber: Facebook @Muhd Khairul Hakimin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd