Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Rusia, China Rancang Bina Loji Jana Kuasa Nuklear Di Bulan

Rusia dengan kerjasama bersama China sedang rancang bina sebuah loji jana kuasa nuklear di bulan sekitar tahun 2033 hingga 2035.

Memetik laporan Reuters, Ketua Agensi Angkasa Lepas Rusia Roscosmos, Yuri Borisov berkata Rusia dan China bekerjasama menjayakan projek berkenaan.

Foto: Reuters

Disamping itu, Moscow juga akan menyumbangkan kepakarannya mengenai tenaga angkasa nuklear dalam projek tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kerajaan India Bayar Pampasan RM57,000 Kepada Traveller Sepanyol

“Hari ini, kami serius mempertimbangkan sebuah projek yang bakal dilaksanakan pada tahun 2033 hingga 2035, yang mana kami akan menghantar dan memasang sebuah unit kuasa di bulan bersama rakan kerjasama dari China.
“Namun begitu, tenaga solar sahaja tidak akan dapat memberikan tenaga yang mencukupi bagi pangkalan yang akan berada di bulan ini, dan hanya tenaga nuklear mampu.
“Ini merupakan cabarang yang serius, ia harus dilakukan dalam mod automatik tanpa kehadiran manusia,” kata Borisov.

Rancang bina loji jana kuasa nuklear di bulan

Foto: Daily Mail

Borisov yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pertahanan Rusia berkata, mereka turut merancang untuk membina sebuah kapal angkasa kargo yang menggunakan tenaga nuklear.

Beliau berkata, semua masalah teknikal berhubung projek itu telah diselesaikan namun mereka masih mencari cara menyejukkan reaktor nuklear kapal itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami sedang mengusahakan kapal tunda angkasa. Kapal yang mempunyai struktur siklopean yang besar dengan bantuan reaktor nuklear dan turbin berkuasa tinggi akan mengangkut kargo besar dari satu orbit ke orbit yang lain,” ujarnya.

Foto: Daily Mail

Bulan lalu, China memaklumkan pihaknya mengambil tindakan tersebut bertujuan meletakkan angkasawan pertama dari negara itu di bulan sebelum tahun 2030.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd