Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Rose Blackpink Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Di Dunia

Penyanyi kumpulan terkenal Korea Selatan Blackpink Rose berjaya melonjak enam anak tangga untuk menduduki tempat pertama dalam senarai tahunan 100 Most Beautiful Faces yang diterbitkan oleh badan pengkritik bebas TC Candler pada Ahad lalu.

Rose kalahkan artis Hollywood lain

Menurut laporan Channel New Asia, kejayaan itu sekali gus menandakan pencapaian besar buat Rose yang kini memasuki tahun ketujuh namanya tersenarai dalam ranking berprestij berkenaan.

Senarai tersebut telah diterbitkan sejak tahun 1990 dan sering dianggap antara penilaian kecantikan paling berpengaruh di peringkat global.

Selain Rose kesemua ahli Blackpink turut tersenarai dalam edisi tahun ini apabila Jisoo berada di kedudukan ke 11 Lisa di tempat ke 22 manakala Jennie pula di ranking ke 46.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Hubungan Semakin Mesra, Rosé BLACKPINK Dan Evan Mock Sedang Bercinta?

Tempat kedua senarai wanita tercantik bagi tahun 2025 menjadi milik pelakon Amerika Syarikat Sydney Sweeney yang mencatat peningkatan tujuh kedudukan berbanding tahun lalu. Kedudukan ketiga pula diraih oleh penyanyi Thailand Pharita dari kumpulan K pop Babymonster.

Pelakon terkenal Hollywood Zendaya dan Margot Robbie masing masing berada di kedudukan ke 23 dan ke 83. Sementara itu penyanyi antarabangsa Sabrina Carpenter dan Dua Lipa tersenarai di kedudukan ke 91 dan ke 100.

rose

Walaupun senaraia terbitan TC Candler sering menerimaa kritikan termasuk dakwaan kurang ketelusan serta dianggap sebagai pertandingan populariti, namun eputusan tahunan itu terus menjadi tumpuan ramai khususnya dalam kalangan peminat di seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kategori lelaki dua pelakon Singapura turut mencuri perhatian apabila Ayden Sng dan Glenn Yong menunjukkan peningkatan ketara dalam senarai 100 Most Handsome Faces.

Ayden Sng yang berada di tempat ketiga dunia melonjak enam kedudukan berbanding tempat kesembilan tahun lalu. Ini merupakan peningkatan berterusan sejak penyertaan pertamanya pada tahun 2023 di kedudukan ke 14.

Pelakon berusia 29 tahun itu berjaya mengatasi beberapa nama besar Hollywood termasuk Henry Cavill Chris Hemsworth Glen Powell serta anggota BTS Jungkook. Malah beliau turut berada di hadapan Idris Elba dan David Beckham yang masing masing berada di kedudukan ke 48 dan ke 84.

rose

Foto: IG @aydenzs

Ayden hanya ditewaskan oleh penyanyi dan pelakon China Zhang Zhehan di tempat pertama serta pelakon Australia Jacob Elordi di tempat kedua.

Sementara itu Glenn Yong pula naik 15 anak tangga untuk berada di kedudukan ke 20 berbanding tempat ke 35 tahun lalu. Ini merupakan tahun keempat beliau tersenarai dalam ranking tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas pencapaian itu Glenn Yong secara berseloroh berkata Singapura sememangnya mempunyai ramai individu berpenampilan menarik dan kejayaan seorang wakil negara berada dalam kelompok tiga terbaik dunia membuktikan perkara tersebut.

Sumber: Channel New Asia

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd