Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bukan Kerana Untung, Tuisyen RM1 Bantu Pelajar Faham Ilmu Agama

Seorang editor buku mengambil pendekatan berbeza dengan mengadakan kelas dalam talian di TikTok bagi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dengan hanya RM1.

Bantu pelajar ilmu agama

Memetik laporan malaysiakini, editor yang dikenali sebagai Muhammad Hafeez itu membuka kelas yang diberi nama Tuisyen Abah dalam membantu para pelajar memahami ilmu agama malah terbuka sekiranya ibu bapa mahu melibatkan diri dalam proses pembelajaran anak-anak.

Bantu pelajar ilmu agama tuisyen rm1

“Matlamat saya bukan mencari untung, tapi menyampaikan ilmu. Ramai ibu bapa terlepas pandang subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sebab ia tidak termasuk dalam peperiksaan utama, sedangkan nilai agama dan akhlak itulah asas kejayaan sebenar,” kata Muhammad Hafeez, baru-baru ini.

Editor di Pustaka Yakin Pelajar Sdn Bhd itu menjelaskan kelas berkenaan disiarkan secara langsung di TikTok setiap malam Ahad hingga Jumaat selama satu jam bermula 8.30 malam, dengan kandungan disusun mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penekanan diberikan kepada bacaan al-Quran dan tulisan Jawi kerana kedua-duanya menjadi asas dalam memahami topik-topik penting seperti akidah, hadis dan ibadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kemahiran membaca dan menulis Jawi sangat penting. Jika lemah dalam Jawi, pelajar akan sukar faham isi kandungan Pendidikan Islam. Jadi, saya fokus satu subtopik setiap malam supaya lebih mudah difahami,” jelasnya.

Graduan ijazah syariah Islamiah daripada Universiti Al-Azhar itu turut menceritakan sambutan yang diterima begitu baik dan boleh melibatkan sebanyak 50 peserta dalam satu sesi.

“Ada juga ibu bapa yang ikut sekali kelas. Mereka beritahu, sambil pantau anak, mereka dapat ulang kaji tajwid, al-Quran dan asas bahasa Arab. Itu antara maklum balas yang buat saya terus bersemangat,” ujarnya lagi.

Bercerita lanjut, beliau memberitahu RM1 hanya sekadar simbolik dan boleh dibayar mengikut keikhlasan ibu bapa kerana yang menjadi fokus utama ialah para pelajar menerima manfaatnya.

Disamping itu, beliau juga turut merancang mahu menerbitkan nota video pembelajaran berharga RM3 hingga RM5 sebagai bahan tambahan ulang kaji, selain menambah elemen interaktif dalam pengajaran.

“Saya anggap ini satu bentuk saham akhirat. Walaupun cuma sejam setiap malam, kalau ia memberi kesan positif kepada anak-anak, itu sudah memadai,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Negara Bergolak Bukan Penghalang, Pelajar PhD UIAM Gigih Siapkan Kajian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Muhammad Hafeez turut menyimpan harapan untuk mengembangkan inisiatif kecilnya itu menjadi sebuah pusat tuisyen fizikal pada masa akan datang yang memberi fokus pada pembelajaran agama secara santai dan berkesan.

Sumber: malaysiakini (Norhidayyu Zainal)

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd