Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

RM Akui Tertekan Jadi Ketua BTS, Anggap Diri Bukan Lelaki Korea ‘Biasa’

Ahli kumpulan Korea Selatan Bangtan Boys (BTS) iaitu Rap Monster (RM) mengakui bahawa dirinya mengalami tekanan yang luar biasa sepanjang menjadi ketua kumpulan berkenaan.

Memetik laporan Allkpop, RM membuat pendedahan itu menerusi laman Youtube utama kumpulan tersebut iaitu ‘BANGTANTV’ yang dimuat naik baru-baru ini setelah dilaporkan dirakam enam bulan lalu.

Menerusi rancangan tersebut, RM atau nama sebenarnya Kim Nam Joon sedang melakukan perbualan terbuka dengan seorang lagi ahli kumpulannya Jimin berhubung perasaan menjadi ketua kumpulan yang turut dianggotai oleh Jimin, V, Jin, Suga, J-Hope dan Jungkook.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG RM

“Dalam kumpulan ini, saya perlu sentiasa bercakap dengan betul, tentang perkara yang baik, berdiri untuk kumpulan di depan semua orang.
“Apa yang orang harapkan daripada saya ialah beri ucapan, temu bual, berbahasa Inggeris dan bercakap sebagai minoriti,” katanya.

Dalam pada itu, RM berkata bahawa dia hanya seorang lelaki Korea berusia 29 tahun yang tidak penting namun secara kebetulan, perjalanan kehidupannya sahaja yang membezakan dirinya dengan orang lain.

“Tetapi, saya hanyalah seorang lelaki Korea berusia 29 tahun yang tidak penting. Saya rasa bukan lelaki ‘biasa’ tetapi seseorang yang kebetulan menjalani kehidupan yang sedikit berbeza. Sama seperti awak, [Jimin], yang hanya seorang lelaki berusia 28 tahun.
“Kami telah merasakan beban ini sejak sepuluh tahun yang lalu. Pada satu ketika, kami hanya perlu berhati-hati dan berbeza daripada orang lain,” ujarnya.

Meskipun penyanyi rap ini meluahkan rasa sayangnya terhadap kumpulan tersebut kerana muzik, namun dia berkata bahawa perasaan ‘ingin mati’ itu akan muncul jika dirinya terus mengambil tahu tentang apa yang orang lain fikirkan.

Foto: Media sosial

Tambahnya lagi, penciptaan album solo baharunya yang bertajuk ‘Right Place, Wrong Person’ itu merupakan sebahagian daripada motivasi yang diperoleh daripada perasaan tersebut. 

Sumber : Allkpop, Youtube BANGTANTV

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd