Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Rizky Billar Kecewa Lesti Kejora Minta Izin Tunai Umrah Melalui WhatsApp

Kisah rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora masih menjadi bualan media Indonesia sehingga kini.

Bukan setakat sahaja mendapat perhatian sana, bahkan di sini juga kerana tindakan yang dilakukan oleh Rizky terhadap Lesti mendatangkan kemarahan ramai terutama para wanita.

Terbaharu, penyanyi dangdut wanita berusia 22 tahun itu dilaporkan telah berangkat menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarganya. Bagaimanapun, tindakan yang dilakukan oleh Lesti memohon keizinan daripada suaminya, Rizky menimbulkan rasa kurang senang.

@hafahali

masyaallah baby L 🥺 Dede lesty 🥺 #kamibersamalesti #lestykejora #babyL

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Allahumma Labaik – Sabyan

@opie1012

Bukan lg berobat di singapur ya,tp seklrga lg umroh#lestikejoraa #fypシ

♬ Sekali Seumur Hidup – Lesti

Menurut CNNIndonesia, peguam kepada Rizky Billar iatu Ade Eril berkata, Lesti pernah meminta keizinan suaminya untuk menunaikan umrah. Namun, hanya melalui kiriman mesej dalam WhatsApp.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia hanya ucap selamat tinggal di WhatsApp,” kata Ade Eril.

Dalam pada itu, Ade mengatakan seorang isteri yang baik akan meminta keizinan secara bersemuka dengan suaminya, bukannya hanya melalui kiriman mesej ringkas.

“Ya, seharusnya seorang isteri yang baik itu datang ke rumah suaminya untuk mengucapkan selamat tinggal dan memberi kebenaran atau tidak menunaikan umrah.
“Bukan hanya di WhatsApp sahaja. Adakah ini isteri yang baik?” soalnya.

Ade turut memberitahu Lesti masih isteri yang sah kepada Rizky walaupun dia membuat laporan mengenai kes keganasan rumah tangga.

Terdahulu, dilaporkan kisah rumah tangga pasangan romantis dalam media sosial ini  menjadi bualan selepas Rizky dipercayai mendera isterinya termasuk membaling bola snuker hampir ‘kena’ kepala Lesti.

Malah, turut tular imej Lesti terbaring atas katil dengan memakai pendakap leher juga menguatkan dakwaan berlaku keganasan rumah tangga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, dakwaan bertindak agresif dengan memukul isterinya, termasuk mencekiknya sehingga terjatuh ke lantai dinafikan bagi pihak Rizky di mana setiap yang dilaporkan oleh media adalah tidak seperti kejadian sebenar berlaku.

Pelakon berusia 27 tahun itu dikatakan pasangan muda yang mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Sumber: CNN Indonesia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang. Menerusi tangkap...

Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai tindakan PAS yang didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd