Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Remaja OKU Desak Ibu Kandung Pulangkan Duit Pampasan Kemalangan

Seorang remaja perempuan Thailand berusia 16 tahun mendesak ibu kandungnya untuk memulangkan semula duit pampasan kemalangan miliknya berjumlah 400,000 bath (RM52,620).

Hilang kaki kanan kerana kemalangan

Memetik laporan dari Thaiger merujuk kepada laporan berita saluran Channel 3, remaja yang kini merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) telah kehilangan kaki kanannya disebabkan kemalangan sewaktu menunggang motosikal.

duit pampasangambar sekadar hiasan

Duit pampasan diserahkan kepada ibu kandung

Disebabkan itu, dia telah menerima duit pampasan selepas mahkamah mengarahkan pemandu yang melanggarnya membayar 500,000 bath (RM65,775) dan duit tersebut diserahkan kepada ibu kandungnya.

Namun begitu, ibu bapa kepada remaja berkenaan telah bercerai dan kini dia tinggal bersama ibu saudaranya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, ibu kandung hanya memberikan 100,000 bath (RM13,155) dan menyimpan baki pampasan tersebut dan meminta remaja berkenaan menunggu usia 20 tahun untuk memberikan wang berkenaan.

duit pampasan

gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, remaja terbabit memerlukan duit terbabit ketika ini untuk menampung perbelanjaan persekolahan serta kehidupan sehari-harinya.

Ujarnya, dia hanya makan mi segera setiap hari demi untuk berjimat dan terpaksa menggunakan media sosial untuk membuat permintaan duit tersebut beberapa kali memandangkan ibu kandungnya langsung tidak mengendahkannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Thaiger

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd