Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Rasa Diri Tak Layak, Sanusi Tolak Pencalonan Jawatan Naib Presiden Pas

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau terpaksa menolak pencalonan untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden Pas pada Muktamar Tahunan Pas pada 20 Oktober depan.

Menurut laporan Sinar Harian, Sanusi mengetahui mengenai pencalonan tersebut melalui surat yang diterimanya namun terpaksa menolak atas beberapa faktor.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan hanya bertanding untuk Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat bagi penggal 2023-2025.

“Saya ada (dapat) pencalonan tetapi saya tolak. Dapat tawaran itu melalui surat yang memaklumkan pencalonan untuk Naib Presiden, namun saya tolak.
“Saya tandakan bertanding Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Sebabnya saya rasa saya patut duduk (jawatan AJK) situ saja,” katanya.

Sebelum ini, penganalisis politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Hussain Yusri Zawawi berkata Sanusi adalah antara calon yang sesuai jika berlaku perubahan melibatkan tiga kerusi bagi jawatan naib presiden.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, Sanusi berpendapat kualiti untuk memimpin parti dengan kualiti untuk memimpin sektor lain adalah berbeza.

“Itu pandangan mereka, saya tahu diri saya setakat mana. Dalam Pas, kualiti untuk memimpin parti dengan kualiti untuk memimpin sektor lain adalah berbeza. Ciri-cirinya tak sama dan kelayakan pun tak sama.
“Ia berdasarkan merit kelayakan, keupayaan dan kemahiran, bukan kerana politik. Bukan kerana kita pandai melobi jumpa orang, itu tak boleh. Ia juga berdasarkan kepada sesuai atau tak sesuai.
“Contoh, jadi calon menang boleh tetapi untuk pimpin Pas perlu ada ciri lain lagi. Sebab itu di Kedah, saya boleh jadi menteri besar tetapi Pesuruhjaya Pas pemimpin lain.
“Pesuruhjaya memimpin parti dan jemaah, miliki kualiti dan ciri-ciri berbeza. Saya tak ada ciri-ciri itu, saya jadi MB bolehlah, tak sama,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kebarangkalian akan tercalon untuk jawatan yang sama bagi penggal seterusnya, Sanusi berkata perkara tersebut tidak mungkin berlaku berikutan ini merupakan kali kedua menolak pencalonan jawatan Naib Presiden.

“Dua tahun lagi ada ka nak calon saya? Ini kali kedua saya tolak, sekali lagi Insya-ALLAH mereka tak calon dah sebab asyik tolak saja.
“Bukan sebab nak fokus kepada urusan negeri, tak juga cuma saya rasa saya tak padan (layak) nak jadi naib presiden, kalau sebagai AJK padanlah (layak),” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian (Roslinda Hashim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd