Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ramasamy Saman Zakir Naik Pula, Dakwa Difitnah Dalam Ceramah

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P Ramasamy nampaknya telah menfailkan saman kepada pendakwah bebas dar India, Dr Zakir Naik pula susulan dakwaan menfitnahnya baru-baru ini dalam salah satu ceramahnya.

Failkan writ saman pada 3 November lalu

Memetik laporan dari Harian Metro, Ramasamy telah menfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya pada 3 November lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi. Beliau telah menamakan Zakir Naik  selaku defendan tunggal.

Ramasamy Saman Zakir Naik kerana dakwa difitnah

Difahamkan, Ramasamy mendakwa yang pemilik nama sebenar Zakir Abdul Karim Naik telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya pada 2 November 2023 di dalam ceramahnya sewaktu di Sokoto, Nigeria.

Video ceramah tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook rasmi Zakir Naik yang mempunyai lebih daripada 23 juta pengikut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ramasamy Saman Zakir Naik disebabkan kenyataan ‘musuh terbesar Islam’

Dalam ceramah itu, dia telah menyentuh perihal kemenangan kes saman fitnahnya terhadapt Ramasamy dan mendakwa defenden sebagai ‘musuh terbesar Islam’.

Artikel lain: Ramasamy Diberi Tempoh Sebulan Bayar Lebih RM1 Juta Kepada Zakir Naik

Terdahulu, penceramah yang berusia 58 tahun itu mendakwa Ramasamy telah melemparkan lima kenyataan berbaur fitnah sehingga tindakan dua saman telah diambil pada Oktober dan Disember 2019.

Susulan daripada itu, mahkamah Tinggi memerintahkan supaya Dr. P. Ramasamy membayar RM1 juta kepada penceramah terkenal dari India, Dr. Zakir Naik, dalam masa 30 hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd