Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ramalan Hujan Menjelang Syawal, MetMalaysia Cadang Rancang Aktiviti Raya

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di sesetengah negeri di Malaysia menjelang Aidilfitri nanti.

Menurut laporan Astro Awani, MetMalaysia berkata demikian susulan Syawal 2024 berada pada fasa peralihan monsun dan beberapa negeri yang terlibat adalah Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

“Secara umumnya, waktu perayaan Aidilfitri akan jatuh pada fasa peralihan monsun dan dijangka akan hujan pada sebelah pagi di negeri-negeri Pantai Timur dan di Sabah dan Sarawak.
“Menjelang petang, akan banyak berlakunya aktiviti hujan ribut petir di kebanyakkan tempat di Sarawak dan juga di sebelah pedalaman Semenanjung,” kata seorang panel menerusi video yang dimuat naik Astro Awani.

Foto: Utusan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir, lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang ingin merancang perjalanan pulang ke kampung halaman, mereka digalakkan untuk mendapatkan maklumat menerusi laman web rasmi MetMalaysia untuk perincian lebih lanjut.

Untuk rekod, umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 April mengikut kalendar 2024 (tertakluk pada perubahan) manakala fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 29 Mac ini dan berterusan sehingga Mei 2024.

Sumber: YouTube Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd