Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Puma Tamatkan Tajaan Untuk Pasukan Bola Sepak Israel Pada 2024

Syarikat terkemuka, Puma akan tamatkan tajaan pasukan bola sepak kebangsaan Israel pada 2024, menurut jurucakap syarikat.

Langkah itu telah dirancang sejak tahun lalu dan tidak mempunyai kaitan dengan peperangan yang berlaku diantara Palestin dan Israel.

Difahamkan, Puma berdepan gesaan boikot kerana telah bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Israel (IFA), dan gesaan itu semakin kuat selepas serangan Israel ke atas Gaza dua bulan lalu, yang telah membunuh lebih 18,000 rakyat Palestin.

Puma tamatkan tajaan bola sepak Israel

Artikel lain: Sindir Genosid Gaza? Zara Tarik Balik Kempen Iklan -“Hanya Salah Faham”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada agensi berita Reuters, jurucakap Puma berkata kontrak syarikat itu dengan beberapa persekutuan, termasuk Serbia dan Israel, akan tamat pada 2024 dan tidak akan diperbaharui.

Jurucakap itu berkata, Puma tidak lama lagi akan mengumumkan perjanjian dengan beberapa persekutuan bola sepak baharu dan menyebutnya sebagai salah satu strategi ‘kecil yang lebih baik’.

Memo dalaman Puma yang dilihat oleh Financial Times, yang pertama kali melaporkan berita itu, turut mengesahkan perubahan itu.

Memo itu berkata Puma akan terus “menilai semua perkongsian sedia ada lain serta peluang lain yang akan datang untuk memastikan kami mempunyai senarai pasukan kebangsaan yang kukuh”, lapor akhbar itu.

Puma menandatangani kontrak dengan IFA untuk menyediakan kit kepada pemain pada 2018.

Advertisement. Scroll to continue reading.

28 September 2023, Bavaria, Herzogenaurach: A Puma logo can be seen on the wall of the Puma outlet. Celebration of the 75th anniversary of the sporting goods manufacturer Puma. With international sports stars of the past decades, the Franconian sporting goods manufacturer Puma celebrated its 75th anniversary on Thursday. Photo: Daniel Vogl/dpa (Photo by Daniel Vogl/picture alliance via Getty Images)

Bagaimanapun, syarikat itu telah menghadapi gesaan boikot daripada aktivis, yang mengatakan IFA juga termasuk pasukan yang berpangkalan di penempatan Yahudi di Tebing Barat yang menyalahi undang-undang antarabangsa.

Firma global yang menyokong Israel telah menghadapi gesaan boikot yang semakin meningkat oleh gerakan Boikot, Penyelesaian, Sekatan (BDS) pimpinan Palestin sebelum dan semasa perang Gaza.

Sumber: Al Jazeera

+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd