Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pukul Isteri Hingga Koma, Peniaga Kekal Bersalah Dipenjara 10 Tahun

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap peniaga Rosmaini Abdul Raof, 42, selepas didapati bersalah mencederakan bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin @ Sylvester, 47, hingga koma empat tahun lalu.

Pukul isteri hingga koma

Menurut laporan Sinar Harian, Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad menolak rayuan Rosmaini untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 9 Disember tahun lalu. Dalam prosiding sama, mahkamah turut menolak permohonan balas daripada pihak pendakwaan untuk menambah tempoh hukuman penjara terhadap tertuduh.

pukul isteri

Foto: Bernama

Menurut Atan Mustaffa, Mahkamah mendapati tiada kesilapan dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen dalam menilai keterangan saksi, khususnya Saksi Pendakwaan 1 (SP1) yang juga merupakan rakan tertuduh.

Dua dokumen iaitu laporan polis (eksibit D45) dan surat akuan berkanun (eksibit D47) hanya dikemukakan selepas tertuduh dipanggil membela diri sedangkan sepanjang perbicaraan selama lebih dua tahun, versi baharu ini tidak pernah dibangkitkan oleh mana-mana saksi pendakwaan.

Artikel lain: Tak Tutup Suis Lampu, Pemandu Lori Pukul Isteri Dan Anak Tiri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menambah bahawa tertuduh adalah satu-satunya individu yang mempunyai akses ke lokasi kejadian dan turut mengakui kepada SP1 bahawa dia telah menampar serta pukul isterinya.

Laporan perubatan menunjukkan mangsa mengalami kecederaan serius pada otak dan memerlukan pembedahan. Tertuduh juga dilaporkan cuba melarikan diri ketika ditahan pihak polis.

pukul isteri

Foto: Harian Metro

Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan. Namun jumlah jaminan dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM25,000 dengan dua syarat jaminan sedia ada dikekalkan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali serta dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Sebelum ini, Rosmaini telah menjalani hukuman penjara selama 79 hari selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 9 Disember 2023. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Fatimah Zahari selepas perbicaraan selama tiga tahun yang melibatkan 11 orang saksi pendakwaan.

Tertuuh sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin sekitar jam 6 pagi pada 4 Mei 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.
pukul isteri

Foto: Sinar Harian

Berdasarkan pertuduhan, Rosmaini didakwa sengaja memukul kepala, muka dan tangan mangsa serta menghentak kaki ke bahagian belakang badan wanita itu hingga menyebabkan kecederaan parah.

Kesalahaan itu dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun serta denda manakala Seksyen 326A pula membolehkan hukuman dua kali ganda daripada tempoh asal.

Kes ini pernah menarik perhatian ramai apabila suspek pukul isteri yang sedang hamil ketika kejadian hingga menyebabkan isterinya koma. Mangsa juga bekas penjawat awam menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

pukul isteri

Foto: Astro Awani

Jahidah kemudian selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pemedahan pada 30 November 2021 dan disahkan sebagai Orang Kurang Upaya.

Pada 15 Mac 2024, Mahkamah Rendah Syariah Seremban membenarkan permohonan fasakh yang yang difailkan oleh keluarga Jahidah pada 1 Februari 2023 sekaligus menamatkan hubungan perkahwinan pasangan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd