Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jamin Pendidikan, PTPTN Salur RM15,000 Buat Anak-Anak Mangsa Nahas FRU

PTPTN salur sumbangan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN salur sumbangan berjumlah RM15,000 kepada 15 anak mangsa nahas Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Negeri Perak melalui Program Ziarah Kasih PTPTN.

Sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime tersebut disampaikan semasa sesi ziarah yang turut dihadiri oleh Pengerusi PTPTN, Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, bersama ahli Lembaga Pengurusan dan Ketua Pegawai Operasi PTPTN.

YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (dua darı kiri) menyantuni balu kepada Allahyarham Sarjan Mohd Roslan Abd. Rahim dengan menyampaikan replika kad manfaat perlindungan takaful Simpan SSPN berjumlah RM193,000 dan sumbangan CSR PTPTN diiringi oleh YBhg. Dato’ Dr. Aminuddin bin Md. Hanafiah, Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN (dua dari kanan).

Selain itu, PTPTN turut menyampaikan manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) kepada waris dua anggota FRU yang terlibat, iaitu Allahyarham Mohd Roslan bin Abd Rahim dan Allahyarham Amiruddin bin Zabri.

PTPTN Salur RM15,000 Buat Anak-Anak Mangsa Nahas FRU

Beliau turut menyatakan bahawa PTPTN berharap sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian melalui Simpan SSPN dapat meringankan beban kewangan waris pendeposit yang telah kehilangan insan tersayang.

YBrs. Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN (dua dari kiri) menyerahkan replika kad manfaat perlindungan takaful Simpan SSPN serta sumbangan CSR PTPTN kepada balu Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri di Kampung Sungai Itek, Perak.

Artikel lain: Isteri Mangsa Nahas FRU Tak Salahkan Pemandu Lori, Arwah Suami Impi Kematian Didoakan Ramai

Tambahnya, manfaat tersebut diharapkan dapat memastikan pendidikan anak-anak mangsa terjamin serta memberikan sokongan berterusan kepada kelangsungan hidup mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan kepada masyarakat, termasuk pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful, Geran Sepadan sehingga RM10,000, kadar dividen kompetitif, simpanan dijamin kerajaan, dan patuh syariah.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd