Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Psikologi Saya Hancur..”-Neymar Akui Masih Kecewa & Terasa Hati

Selain pemain Portugal, Cristiano Ronaldo menangis kerana pasukannya tumpas di tangan Morocco, bintang bola sepak Brazil iaitu Neymar akui dirinya masih kecewa dengan kekalahan yang berlaku sebelum ini dalam perlawanan Piala Dunia.

Pemain berusia 30 tahun itu berkata, psikologinya kini sudah hancur selepas Brazil tersingkir daripada Piala Dunia selepas tewas kepada Croatia menerusi penentuan penalti.

Katanya lagi, kekalahan sewaktu beraksi di Piala Dunia berbanding perlawanan yang lain dalam kariernya.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by NJ 🇧🇷 (@neymarjr)

“Psikologi saya hancur. Ia kekalahan yang paling menyakitkan saya sehingga menyebabkan saya terkaku selama 10 minit selepas perlawanan. Malah, saya juga menangis tanpa henti.
“Ia akan menyakitkan saya untuk satu tempoh yang lama,”tulisnya dalam satu hantaran di laman Instagram.

Dalam pada itu, Neymar yang juga salah seorang pemain terbaik dunia mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat kepadanya dan pasukan Brazil sewaktu berlangsungnya perlawanan melibatkan mereka di pentas Piala Dunia 2022.

Malah, dia juga berharap agar usaha mereka dapat memberi inspirasi kepada peminat untuk terus bergerak maju ke hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Terima kasih Tuhan. Engkau telah memberikan segala-galanya kepada saya sehingga membuatkan tidak boleh mengeluh. Hanya terima kasih boleh diungkapkan kerana menjaga saya.
“Segala kehormatan dan kemuliaan sentiasa ada untuk anda tanpa mengira keadaan,”luahnya.

Sekadar info, Neymar beraksi dengan hebat secara individu apabila menyamai rekod jaringan Pele yang mencatatkan 77 gol untuk Brazil pada Sabtu lalu yang beraksi dengan keputusan 1-1 selepas masa tambahan.

Malangnya, dia tidak mengambil sepakan penalti ketika aksi penentuan yang dimenangi Croatia 4-2 untuk mara ke separuh akhir.

Bagi menebus semula kekalahan mereka, Brazil perlu menunggu peluang sekurang-kurangnya empat tahun lagi bagi merebut gelaran Piala Dunia keenam mereka yang kali terakhir dimenangi pada 2002.

Neymar berkata sejurus selepas Brazil tersingkir dia mungkin akan bermain perlawanan terakhir buat negaranya namun Pele menggesanya untuk ‘terus memberi inspirasi kepada kami’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @neymarjr

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sejak semalam, tular di media sosial beberapa hantaran di media sosial mesej perbualan tak senonoh tersebar antara seorang guru berstatus isteri dengan lelaki yang...

Sosial

Baru-baru ini, tular seorang suami mendedahkan perbuatan terkutuk isterinya bersama rakan sekerja yang didakwa berlaku curang di belakangnya. Suami dakwa isteri disondol lelaki lain...

Sosial

Seorang lelaki yang mengakui bekas suami kepada guru wanita tular meluahkan rasa sedih terhadap isu yang terpalit terhadap bekas isterinya, baru-baru ini. Menerusi komen...

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial melibatkan seorang suami yang dikenali sebagai ‘Abang Wiring’ menjalinkan hubungan terlarang bersama seorang wanita dipercayai bekerja sebagai seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd