Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRU15: PRU Terakhir Tun M Bertanding, Mahu Selesaikan Tugas Di Langkawi

Bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin masih mempunyai peluang sekali lagi bagi menyandang kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memetik laporan Kosmo! Online, Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata, beliau hadir dengan sokongan padu dan memiliki jentera yang bersemangat tinggi.

“Saya mempunyai peluang yang cerah untuk menang, saya tidak tahu kualiti calon lain, tetapi setakat yang saya lihat…
“…saya datang dengan sokongan yang baik dan kita mempunyai sema­ngat yang baik,” katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Langkawi, baru-baru ini.

Tun Mahathir berkata, partinya juga bersedia untuk menamakan calon Perdana Menteri jika memiliki sokongan cukup bagi membentuk kerajaan.

“Kami juga hanya akan menamakan calon Perdana Menteri sekiranya mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan,” ujarnya.

Tambah beliau, PRU15 mungkin adalah yang terakhir bagi dirinya untuk bertanding sekali gus bercadang bagi menyelesaikan masalah seperti isu feri dan sampah yang tidak sempat dilakukannya sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meninjau reaksi netizen, ramai dilihat seperti sukar mempercayai kata-kata Tun Mahathir dengan memberi sindiran bahawa tidak mustahil sekiranya beliau akan ‘muncul’ lagi pada PRU16.

Selain itu, terdapat juga segelintir individu mempersoalkan apa dilakukan sepanjang mempertahan kerusi Parlimen Langkawi sehingga berharap agar diberikan peluang sekali lagi.

Berapa kali punya terakhir?

Lima tahun akan datang, buka cerita sama?

Baca boleh, percaya jangan

Tak sempat? Buat apa je selama ni

Ye la tu Tun…

Bagi PRU15, pemimpin politik berusia 97 tahun itu bertanding dengan empat calon iaitu Datuk Armishah Siraj dari Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah (Perikatan Nasional), Zabidi Yahya (Pakatan Harapan) dan Datuk Abd. Kadir Sainudin (Bebas).

Sumber: Kosmo! Online (Nur Amalina Azman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd