Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Proton Lancar Kenderaan Elektrik Pertama Malaysia, e.MAS Akhir Tahun Ini

Syarikat automotif Proton Holdings Berhad (Proton) melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia dikenali sebagai e.MAS yang dijangka akan diperkenalkan pada akhir tahun ini.

Menurut satu laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata, penamaan model tersebut dibuat melalui akronim daripada Electrifying Malaysia, iaitu simbol ‘e’ sebagai EV dan singkatan MAS untuk Malaysia.

Foto: Bernama

“Dengan logo reka bentuk 2D seiring dengan aliran rekaan terkini, pelancaran jenama dan logo e.MAS ini sebagai satu langkah penting dalam perjalanan Proton ke arah melancarkan EV sendiri.
“Sebagai sebuah syarikat dengan teras perindustrian Malaysia, kami sedar akan tanggungjawab untuk menyediakan penyelesaian mobiliti yang relevan dan mampu untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran nama dan logo tersebut yang turut dihadiri Pengerusi Proton Tan Sri Syed Faisal Albar pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

Dr Li berkata, Model EV tersebut dibangunkan secara teliti untuk pembangunan pangkalan pengetahuan selain memastikan pemahaman yang menyeluruh tentang produk, teknologi dan keperluan pengguna sebelum kenderaan itu mula dipasarkan.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan pelantikan 17 pengedar EV Proton yang telah memeterai perjanjian dengannya dan masih membuka permohonan kepada peniaga yang berminat untuk menjadi pengedar kerana mereka menyasarkan membuka 30 cawangan menjelang 2025.

“Sebagai jenama automotif pertama di Malaysia, adalah penting bagi Proton untuk melabur dalam infrastruktur bagi menawarkan rangkaian perkhidmatan penuh kepada pembeli EV dan bukannya hanya menjual produk.

Foto: Caricarz.com

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Oleh itu, apabila model Proton e.MAS mula dijual, pelanggan boleh yakin bahawa setiap keperluan mereka akan diuruskan sama seperti pembeli model Proton semasa,” jelasnya.

Untuk makluman, perkembangan model EV Proton itu bermula dengan Memorandum Perjanjian (MOA) antara Proton dengan Syarikat Automobil Smart pada Januari 2022, kemudian diikuti dengan pemeteraian Perjanjian Pengedaran Am (GDA) pada 18 Ogos 2022 dan pembentukan PRO-NET pada 9 September tahun sama antara kedua-dua pihak untuk menerajui jualan dan pengedaran kenderaan smart dan tawaran EV masa hadapan daripada Proton.

Sumber: Harian Metro (Lizam Ridzuan)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Lokal

Pelarian Rohingya di Malaysia perlu diberikan akses pekerjaan dan pendidikan secara sah menerusi sistem lebih tersusun bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan serta mengelakkan mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd