Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Proses Hantar Pulang 127 Rakyat Palestin Sedang Dimuktamadkan – Adly Zahari

Seramai 127 rakyat Palestin yang menerima rawatan di Malaysia kini dalam proses penghantaran pulang dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Palestin dan Mesir.

127 Rakyat Palestin

Foto: Berita  RTM

Menurut laporan Berita RTM, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menyatakan bahawa usaha tersebut merupakan tanggungjawab Malaysia dalam memastikan kesihatan mereka terjaga, terutama selepas menghadapi konflik peperangan.

“Malaysia mengambil tanggungjawab memastikan kesihatan mereka lebih baik ketika berada di sini, dan proses penghantaran pulang sedang dimuktamadkan,” katanya selepas menghadiri Majlis Hi-Tea Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Adly turut menegaskan komitmen Malaysia, khususnya Kementerian Pertahanan dalam mendokong usaha membantu rakyat Palestin, terutamanya di Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Malaysia Atur Hantar Pulang 127 Rakyat Palestin – Ahmad Zahid

Menurut beliau, perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Palestin telah memberi peluang kepada rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka.

Dalam perkembangan lain, veteran ATM yang masih kurang jelas mengenai pengiraan pelarasan pencen di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) disaran untuk berhubung terus dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM.

Beliau menjelaskan bahawa JHEV telah membuka “war room” bagi membantu para veteran memahami kaedah dan kadar baharu pencen.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“JHEV sentiasa terbuka untuk membantu mereka yang merasakan tidak menerima hak sewajarnya di bawah skim baharu ini. Mereka boleh menghubungi JHEV secara langsung, dan jabatan juga telah menguar-uarkan maklumat ini melalui media sosial,” ujarnya.

Sebelum pelarasan pencen dilaksanakan, pihak kementerian telah memberikan makluman kepada para veteran yang terlibat mengenai kaedah pengiraan dan formula yang digunakan.

“Ini untuk memastikan semua pihak memahami proses pelarasan dan menerima maklumat yang tepat,” jelasnya.

Sumber: Berita RTM

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Lokal

Sebak dan terharu. Seorang bapa kepada 10 anak menangis teresak-esak sambil sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran secara rasmi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd