Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRK Mahkota: Kor Ming Tidak Puas Hati Ramai Pengundi Bukan Melayu Tidak Mengundi

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menyatakan rasa tidak puas hati apabila ramai pengundi bukan Melayu tidak keluar mengundi meskipun calon Barisan Nasional (BN) meraih majoriti besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota pada Sabtu.

Foto: Utusan Malaysia

Menurut laporan Utusan Malaysia, Kor Ming mahu kajian terhadap mengapa ramai pengundi bukan Melayu dijalankan susulan isu tersebut.

“Di sebalik kemenangan, ada juga kelemahan. Pengundi bukan Melayu keluar yang rendah dan ini jarang berlaku pada waktu lepas.
“Oleh kerana itu adalah penting semua pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan harus mencari jalan bagaimana hendak menyakinkan semula pengundi bukan Melayu untuk keluar beramai-ramai memberi sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan.” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Biasa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kor Ming berkata, pihaknya juga akan mengkaji semula masalah tersebut kerana menurutnya teras sesebuah kejayaan parti politik apabila organisasi menerima kelemahan seterusnya mengambil sikap bermuhasabah dari sesuatu permasalahan.

“DAP dan rakan-rakan dalam kerajaan Perpaduan akan mencari apa kelemahan sebenarnya. Apakah ada perasaan tidak puas hati. Saya menunggu laporan post mortem daripada DAP Johor,” ujarnya.

PRK DUN Mahkota mencatatkan pengundi sebanyak 53.84 peratus dan tidak mencapai sasaran lebih 60 peratus yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Foto: Utusan Malaysia

BN berjaya pertahankan kerusi DUN Mahkota melalui calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah dengan kemenangan majoriti besar 20,648 undi menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar yang mendapat 7,347 undi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Fadzil Zainol)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Dunia

Seorang pelancong wanita warga Amerika Syarikat (AS) mendakwa dirinya menjadi mangsa perkosa selepas dipercayai ‘dikhayalkan’ ketika menginap di sebuah inap desa di Kutta, Kodagu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd