Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRK DUN Nenggiri: Calon BN Tidak Halang DAP Jika Mahu Bantu Kempen

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menjelaskan tidak akan menolak sekiranya Democratic Action Party (DAP) mahu membantu kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Menerusi satu laporan Buletin TV3, Azmawi berkata, beliau tidak mempunyai hak untuk menolak sekiranya DAP sanggup turun padang dan datang membantunya dalam siri kempen PRK itu.

Foto: Facebook Azwawi Fikri

“Ini negara demokrasi, kita tiada hak untuk halang sesiapa sahaja untuk datang. Mana-mana pemimpin boleh datang dan bantu kempen.
“Lagipun saya rasa mereka (DAP) lebih faham dengan keadaan di Nenggiri ini apabila 87 peratus adalah pengundi Melayu. Kita tak ada halangan (pemimpin DAP) nak datang bantu kempen,” katanya.

Beliau juga berkata, akan menerima secara terbuka bantuan yang dihulur jika ia dapat memberikan kelebihan selain yakin dengan perancangan Allah S.W.T.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Azwawi Fikri

“Saya terima secara terbuka kita tak boleh sekat sesiapa untuk datang berkempen, itu sahaja,” jelas beliau.

Sementara itu, Azmawi juga memaklumkan bahawa isu yang dimainkan pihak lawan mengenai ‘UMDAP’ sebagai satu persepsi dan tanggungjawab bagi memenangi hati pengundi.

“Bagi saya isu ini adalah persepsi, kita sebagai calon bertanggungjawab memenangi hati pengundi,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos depan.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd