Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

‘Prank’ Tinggalkan Anak, Isteri Baim Wong Teruk Dihentam Netizen

Isteri kepada pelakon Indonesia, Baim Wong iaitu Paula Verhoeven menjadi bualan hangat netizen apabila dia bertindak meninggalkan anaknya bersendirian telah mencetuskan cemuhan ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman YouTube mereka, Paula berniat melakukan perkara tersebut untuk memberi pengajaran kepada anak sulungnya, Kiano Tiger Wong.

Namun begitu, tindakan berani Paula telah dikecam netizen kerana mereka menganggap ‘prank’ tersebut hanya membahayakan keselamatan anaknya yang baru sahaja berusia lapan tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video tersebut, kelihatan isteri Baim Wong telah merancang dengan berpura-pura meminta izin untuk pergi ke tandas tetapi dia kemudiannya menyorok di sebuah restoran dan membiarkan anaknya berjalan secara keseorangan.

Namun begitu, difahamkan anak Paula telah diawasi oleh beberapa individu daripada pasukannya yang menyamar jadi pengunjung.

Akan tetapi, ada segelintir netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Paula yang berani membuat perkara sedemikian memandangkan anaknya itu masih kecil.

Dalam pada itu, Paula menjelaskan dia hanya melakukan ‘eksperimen’ tersebut untuk melihat reaksi anaknya jika berada dalam situasi terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: YouTube @Baim Paula

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd