Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Siasat Replika Naga Pamer Bendera China Di Muar

Polis menyiasat dan membuka kertas siasatan berhubung kejadian replika naga yang dihiasi dengan bendera negara China  dalam satu program perarakan di bandar Muar pada Sabtu melalui video tular di media sosial.

Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukliz Azman Aziz, berkata, Program Perarakan Seni dan Kebudayaan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Gabungan Persatuan Tiong Hua di daerah tersebut.

Replika Naga Pamer Bendera China

Foto: The Malaysia Press

“Dalam perarakan tersebut, tarian singa dan replika naga yang dikatakan terpanjang di Malaysia telah diarak melalui beberapa jalan utama di sekitar Bandar Muar.
“Hasil pemantauan polis semasa perarakan berlangsung mendapati replika naga dihias dengan bendera jalur gemilang di bahagian sebelah kanan badan manakala bahagian kiri badan dihias dengan bendera negara china.
“Rakaman video dan gambar-gambar mengenai perarakan turut dikesan tular di beberapa platform media sosial sejak semalam.
“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar telah mengambil tindakan proaktif dengan membuka kertas siasatan pada hari yang sama kejadian dilaporkan,” katanya pada Ahad.

Foto: Facebook Polis Daerah Muar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Raiz Mukliz berkata, pihaknya telah mengambil tindakan proaktif dengan memanggil kumpulan penganjur program sebaik video dan dakwaan negatif itu tular.

“Kita menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau percaya kepada berita yang tidak ditentukan kesahihannya khususnya melibatkan perpecahhan kaum dan keamanan negara.
“Pihak polis menyeru orang ramai untuk sentiasa menyalurkan apa jua maklumat kepada pihak polis bagi memastikan keselamatan kekal terjamin,” ujarnya.

Foto: The Malaysia Press

Artikel lain: Kontroversi Bendera China Pada Replika Roket, Karnival Ditutup Serta-Merta

Oleh itu, siasatan dijalankan mengikut peruntukan kesalahan-kesalahan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, jika disabitkan penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, Seksyen 6(2) Akta Perhimpunan Aman 2012, jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949, jika disabitkan hendaklah dpenjara tidak melebihi enam bulan atau dengan denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Farahwahida Ahmad)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd