Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘Tawan’ Lorong Kiri Kanan, Polis Siasat Geng Basikal Halang Laluan Kereta

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman video tular memaparkan sekumpulan atau geng basikal yang didakwa menunggang secara berbahaya sehingga menghalang laluan sebuah kenderaan.

Polis siasat geng basikal

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 malam, pada 29 Julai lalu di Persiaran Dato Menteri berhampiran Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam.

geng basikal

Foto: TikTok

“Video yang dimuat naik itu jelas menunjukkan tindakan sekumpulan penunggang basikal menunggang secara beriringan di lorong kiri dan kanan, hingga menimbulkan risiko kemalangan. Pemandu motokar berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaannya kerana laluan dihalang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 42 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan LN 166/1959.

“Polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang berkelakuan berbahaya di jalan raya sama ada penunggang basikal, penunggang motosikal atau pemandu kenderaan lain. Tindakan tegas boleh diambil mengikut undang-undang sedia ada,” ujarnya.
geng basikal

Foto: TikTok

Dalam pada itu, Mohd Iqbal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau mengenali penunggang basikal terbabit untuk tampil membantu siasatan.

“Saksi atau orang awam boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib bin Abdul Rahman di talian 019-7757354,” jelasnya.

Polis nasihat geng basikal

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya untuk sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi undang-undang lalu lintas, selain mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau pengguna jalan raya lain.

Artikel lain: Penunggang Basikal Selesai Beri Keterangan Polis, Mahu Berdamai Dengan Pemandu Bas

Advertisement. Scroll to continue reading.
@eurekacan

shah alam 29/7/2025 circa 9.30pm CYCLISTS PLEASE BE SAFER ON THE ROAD FOR EVERYBODY 😡

♬ original sound – tisha 🤸🏻‍♀️☀️ – tisha 🤸🏻‍♀️☀️

Terdahulu, video berdurasi hampir satu minit itu tular di beberapa platform media sosial sejak kelmarin, dirakam melalui kamera papan pemuka (dashcam) sebuah motokar.

Rakaman berkenaan menunjukkan sekumpulan penunggang basikal memenuhi lorong kiri dan kanan jalan sehingga menyebabkan pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan bagi mengelak pelanggaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Polis (IPD) Shah Alam, TikTok @eurekacan

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan memulakan siasatan awal terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) serta presidennya, Claudio Tapia...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd