Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Sahkan Terima 22 Laporan Kes Kecurian Di Tapak ECRL

Polis memaklumkan telah menerima 22 laporan berhubung kes kecurian kabel melibatkan kerugian sebanyak RM300,000 di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu.

Polis terima 22 laporan kecurian ECRL

Polis terima 22 laporan kecurian ECRL

Foto: Bernama

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin memberitahu daripada jumlah berkenaan, sebanyak 13 kertas siasatan telah dibuka membabitkan lima kes di Besut, empat di Marang, dua di Setiu serta masing-masing satu kes di Kemaman dan Dungun.

“Sebanyak lima daripada 13 kes itu telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 414 dan Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan. Lima kes lagi telah di NFA (tiada tindakan lanjut) disebabkan tiada keterangan kukuh untuk tuduh tangkap, manakala tiga kes lagi masih dalam siasatan,” kata Khairi di Kuala Terengganu, hari ini.

Namun begitu, beliau memaklumkan jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu yang merekodkan sebanyak 35 laporan polis diterima membabitkan kerugian hampir RM2 juta pada 1 Jan hingga 31 Mei 2024.

Khairi mendedahkan dalam tempoh itu, 23 kertas siasatan telah dibuka membabitkan lapan kes di Marang, masing-masing lima kes di Kuala Terengganu dan Besut, tiga kes di Setiu serta dua kes di Dungun.

Polis terima 22 laporan kecurian ECRL

Foto: thesun.my

Sehubungan itu, sebanyak lapan kes telah disiasat di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379/511 akta sama manakala lima kes telah di NFA dan 10 kes masih dalam siasatan bagi lima bulan pertama 2024.

Beliau turut menggesa syarikat atau pengurusan tapak projek di Terengganu memperketat kawalan keselamatan bagi menanggani masalah kecurian di tapak projek dengan memasang pagar keselamatan, kamera litar tertutup (CCTV) dan lampu pencahayaan yang mencukupi khususnya pada waktu malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak syarikat atau pengurusan tapak projek juga dinasihatkan menyediakan pengawal keselamatan mencukupi dan memastikan peralatan serta bahan binaan disimpan dengan selamat, selain direkod dalam sistem inventori yang sistematik,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, pihak polis menyarankan agar orang awam juga peka dengan keadaan sekeliling untuk melaporkan sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan seperti pergerakan tidak biasa atau cubaan menceroboh kawasan projek kepada pihak berkuasa.

Polis terima 22 laporan kecurian ECRL

Foto: NaratifRakyat

Artikel lain: KP Kelantan Sahkan Tiada Terima Laporan Kecurian Kabel ECRL

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas terhadap kes kecurian kabel di tapak projek ECRL kerana perbuatan itu boleh menjejaskan kelancaran dan pelaksanaan projek dan mengancam nyawa orang awam.

Difahamkan, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) turut menzahirkan rasa bimbang ekoran kes kecurian kabel yang telah dikesan di lokasi tertentu sepanjang jajaran ECRL, merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Lokal

Bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina Mahathir mendedahkan wujud kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak tersebut. Tubuh Zara Qairina ada kecederaan Foto: Kosmo! Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd