Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Sahkan Tentera Terpaksa Lepaskan Tembakan, Dua Penyeludup Ketum Ditahan

Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melepaskan tembakan ketika mengejar suspek disyaki penyeludup ketum di kawasan sempadan Malaysia-Thailand tengah hari semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, anggota tersebut melepaskan beberapa das tembakan selepas motosikalnya dihimpit kenderaan jenis Toyota Hilux.

Foto media sosial

Foto media sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tembakan dilepaskan menyebabkan kenderaan bernombor pendaftaran Thailand itu terbabas.
“Sebelum itu, sepasukan anggota tentera yang membuat rondaan bertindak mengekori kenderaan yang keluar dari kawasan hutan dan dipandu dalam keadaan mencurigakan itu,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Foto media sosial

Sebelum ini, media melaporkan dua lelaki ditahan selepas cuba melarikan diri dengan sebuah pacuan empat roda yang disyaki berisi daun ketum sehingga bertaburan sewaktu terbabas.

Foto media sosial

Foto media sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan kemalangan itu,  salah seorang suspek cedera di kaki dan seorang lagi luka di kepala sebelum dibawa ke Hospital Kuala Nerang (HKN) bagi rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun, anggaran berat bungkusan itu belum dipastikan dan kes disiasat di bawah kanun keseksaan dan Akta Racun 1952.

Sumber: Sinar Harian (Nurul Hidayah Hamid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd