Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Sahkan Proses Pindah Berhala Kuil Rawang Selesai, Pemilik Tanah Ambil Alih Kerja Pembersihan

Proses pemindahan empat berhala di sebuah kuil yang dibina tanpa kebenaran di Rawang Perdana, Gombak, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi, selesai dilaksanakan awal pagi tadi.

Pemilik tanah ambil alih

Pindah berhala Rawang selesai

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, memaklumkan kerja-kerja pemindahan berhala oleh pihak pengurusan Kuil Sri Uchimalai Muniswarman bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir pada 4.12 pagi.

“Seramai 10 orang penganut dan wakil daripada pihak pengurusan kuil terbabit menjalankan kerja-kerja pemindahan semua berhala berkenaan.
“Pemilik tanah juga telah memulakan kerja pembersihan tapak kuil tersebut awal pagi tadi setelah segala urusan pemindahan selesai dilaksanakan oleh pihak pengurusan kuil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keseluruhan proses pemindahan serta pembersihan tapak yang dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjalan lancar dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

“PDRM mengingatkan semua pihak terbabit supaya terus menghormati saluran perundangan yang sedia ada dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menggugat keharmonian kaum serta agama.
“Sebarang pertikaian hendaklah diselesaikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan pemilik tanah yang sah,” katanya lagi.

Menurut Shazeli, polis turut akan memperketat pemantauan terhadap penyebaran maklumat di media sosial serta memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak yang menularkan kandungan berunsur 3R (agama, bangsa dan diraja) sehingga boleh menimbulkan kegusaran awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, media melaporkan empat lelaki ditahan kerana disyaki merobohkan rumah suci berkenaan tanpa kebenaran serta tanpa memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan. Suspek yang ditahan membabitkan empat lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 39 tahun, selain sebuah jengkaut turut dirampas.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan perintah reman selama dua hari yang sebelum itu dikeluarkan oleh Majistret Selayang terhadap kesemua suspek, sekali gus membolehkan mereka dibebaskan serta-merta.

Artikel lain:Empat Lelaki Ditahan Kes Ceroboh Kuil Di Rawang

Difahamkan, kuil berkenaan didirikan secara tidak sah di atas tanah milik sebuah yayasan, manakala tindakan perobohan oleh empat individu terbabit dikatakan dibuat atas arahan pemilik tanah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Dunia

Kerajaan Wilayah Jakarta mengarahkan penutupan premis hiburan dan kehidupan malam di ibu kota sepanjang bulan Ramadan bagi menjaga ketenteraman awam serta memastikan suasana lebih...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd