Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Nafi Dakwaan Mayat Pamela Ling Ditemukan Di Petaling Jaya

Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung penemuan mayat mangsa hilang, Datin Seri Pamela Ling Yueh di sebuah rumah di Petaling Jaya.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan bahawa laporan berbahasa Inggeris bertajuk “Police Interview Pamela Ling’s Children and Family Friend in Death Investigation” yang tersebar adalah tidak benar dan merupakan berita palsu.

Foto: thesun.my

“Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan penemuan mayat seperti yang didakwa dalam hantaran tersebut,” katanya.

Tambah beliau, penyebaran maklumat palsu seperti ini adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

Denda tambahan sebanyak RM1,000 sehari juga boleh dikenakan sekiranya kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Foto: Media Sosial

Terdahulu, media sosial kecoh dengan satu tangkap layap didakwa daripada akaun sebuah portal berita tempatan yang kononnya meaporkan penemuan mayat Pamela Ling pada 13 Mei, serta menyatakan pihak polis telah menemu bual anak-anak dan rakan-rakan rapat wanita berkenaan.

Susulan itu, Hussein Omar menasihatkan orang ramai agar hanya merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih serta mengelakkan penyebaran berita tidak benar yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd