Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Buru Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita Di Balkoni Pangsapuri

Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri dua helai pakaian dalam wanita yang dijemur di balkoni sebuah pangsapuri berdekatan Jalan Dr Wu Lien Teh di Georgetown, baru-baru ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad memaklumkan bahawa pihaknya mula menyiasat kes tersebut selepas satu video tular dimuat naik di media sosial pada jam 11 pagi, Rabu lalu.

Foto: Sinar Harian

Menurut siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.24 pagi pada 23 Mei lalu.

“Satu laporan polis dibuat oleh bapa mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 64 tahun, pada hari yang sama pada jam 10.14 pagi.
“Siasatan awal mendapati suspek telah mencuri dua helai pakaian dalam milik anak perempuan pengadu yang disidai di balkoni rumah mereka. Balkoni itu menghadap ke kaki lima pangsapuri tersebut,” katanya.

Tambah beliau, usaha mengesan identiti dan keberadaan suspek sedang dijalankan secara aktif dan pihak polis juga turut menggesa orang awam yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Nabil Fikri Abd Rahman di talian 016-4446590.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” ujarnya.

Foto: Harian Metro

Terdahulu, video berdurasi 35 saat yang merakam aksi suspek memanjat dan mengambil pakaian dalam dari balkoni rumah menjadi tular di aplikasi TikTok.

Rakaman itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai meluahkan rasa tidak senang dan gusar terhadap keselamatan penghuni kediaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Syajaratulhuda Mohd Rosli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd