Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

PM Zahir Ucapan Takziah, Dukacita Insiden Pesawat Terhempas Babit Warga Korea Selatan Dan Thailand

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan rasa dukacita atas tragedi nahas pesawat terhempas yang berlaku di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan awal pagi semalam.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Anwar turut menyampaikan rasa simpati dan sokongan moral kepada waris yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan dalam insiden tersebut.

Pesawat Terhempas Babit Majoriti Warga Korea Dan Dua Warga Thailand

Foto: Bernama

“Doa dan simpati saya bersama keluarga serta orang tersayang yang kehilangan nyawa dalam tragedi yang memilukan ini.
“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Korea Selatan dan Thailand yang terkesan akibat tragedi ini. Kami mengucapkan takziah yang mendalam kepada semua,” katanya pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut menasihatkan agar untuk meluangkan masa bersama insan tersayang dan menghargai kehadiran mereka dalam kehidupan kita.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kehilangan yang tragis ini menjadi peringatan betapa berharganya dan rapuhnya kehidupan.
“Luangkanlah masa untuk menghargai mereka yang berada di sekeliling kita,” ujarnya.

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Artikel lanjut: Destini Dapat Kontrak Bernilai RM33.05 Juta Bagi Selenggara Kelengkapan Pesawat

Terdahulu, pesawat Jeju Air 7C 2216 dalam perjalanan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan selepas berlepas dari Bangkok dengan membawa 181 orang penumpang terbabas dari landasan atas sebab yang belum disahkan.

Pesawat itu dilaporkan merempuh pagar perimeter dan terbakar lalu menyebabkan letupan serta kebakaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan luar, Agensi Berita Yonhap melaporkan lebih 151 orang maut manakala dua mangsa berjaya diselamatkan.

Tambah agensi berita berkenaan, semua mangsa dipercayai meninggal dunia kecuali dua orang, kebanyakan penumpang pererbangan yang tiba dari Bangkok merupakan warga Korea manakala dua lagi warga Thailand.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd