Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PM Ulas Bersih Beri Gred D – “UPSR Dapat D, SPM Esok Naik A”

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yakin kerajaan MADANI pimpinannya yang masih baru mampu melakukan lebih baik dalam melaksanakan reformasi dari semasa ke semasa.

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Kewangan itu mengulas penilaian buruk yang diberikan oleh gabungan reformasi pilihan raya, Bersih yang diberikan dengan mendakwa Putrajaya gagal memenuhi banyak agenda pembaharuan.

Foto: Sinar Harian

“Tentang (penarafan) Bersih, tak apalah beri (kita gred) D, bukan F. (Kalau) UPSR D, (nanti) SPM esok naik A lah.
“Insya-Allah, (kerajaan Madani masih) baru sangat,” katanya sinis sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Bersih semasa melancarkan ‘kad laporan pertengahan penggal’ telah memberikan pentadbiran Anwar sebagai gred D yang prestasi buruknya dikaitkan dengan kegagalan melaksanakan reformasi institusi dengan ketara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengerusi Bersih, Faisal Aziz berkata, penilaian mereka berhubung dua tahun pertama kerajaan mendapati terdapat jurang yang ketara antara janji reformasi dan pelaksanaan sebenar.

Penilaian itu menggabungkan dua bahagian, iaitu menunaikan komitmen manifesto dan perbandingan dengan pentadbiran terdahulu.

Foto: X @faisalazizfa

Bersih juga membandingkan kemajuan reformasi yang dibuat oleh Anwar dan empat pendahulunya dalam tempoh dua tahun pertama mereka memegang jawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kumpulan reformasi pilihan raya itu turut meletakkan Anwar di belakang pendahulunya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Dr Mahathir Mohamad dalam menunaikan janji reformasi mereka.

Menurut Bersih juga, dana pembangunan kawasan yang diberikan semasa pentadbiran Ismail Sabri kepada ahli parlimen pembangkang ketika itu sebagai sebab perdana menteri kesembilan adalah lebih baik daripada Anwar.

Foto: X @faisalazizfa

Untuk rekod, kerajaan hari ini menerima kritikan hebat kerana didakwa tidak menyalurkan dana kepada ahli parlimen pembangkang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas perkara itu, Anwar mendakwa Bersih telah terlepas pandang bahawa ketika itu, dirinya sebagai ketua pembangkang yang berunding dengan pentadbiran Ismail Sabri sehingga mereka mencapai persetujuan untuk memeterai MoU.

Sedangkan, tambahnya, parti pembangkang hari ini enggan berunding dengan Putrajaya.

Sumber: Sinar Harian (Diana Azis)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd