Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Anwar Tiba Di Bahrain Untuk Lawatan Rasmi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar tiba di Bahrain sempena lawatan rasmi untuk mengukuhkan hubungan bilateral sedia ada antara Malaysia dengan negara tersebut.

Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi

Anwar tiba di Bahrain

Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain jam 12.45 tengah malam waktu tempatan, beliau disambut oleh Menteri Luar Bahrain, Dr Abdullatif Rashid Al Zayani; Timbalan Gabenor Muharraq, Brigedier Jeneral Jassim Mohammed Al Ghattam; Duta Bahrain ke Malaysia, Dr Waleed Khalifa Al Manea serta Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Shazryll Zahiran.

Anwar tiba di Bahrain

Turut mengiringi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan dan pegawai kanan kerajaan.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota, Sheikh Salman Hamad al-Khalifa selain menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Yakin Bawa Manfaat Maksimum, Lawatan Mirziyoyez Perkukuh Hubungan Malaysia-Uzbekistan – PM

Anwar tiba di Bahrain atas jemputan

Anwar tiba di Bahrain

Beliau juga dijadual menyampaikan ucapan di Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC) sebelum bertemu diaspora Malaysia di Bahrain.

“Beberapa lagi rencana turut disusun termasuk pertemuan bersama rakyat Malaysia di Bahrain. Doakan segala urusan dipermudahkan,” tulis hantaran tersebut pagi ini.

Ini adalah kunjungan pertama beliau ke Bahrain atas jemputan Sheikh Salman Hamad yang juga Perdana Menteri Bahrain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd