Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PLKN 3.0 Libatkan Pelajar Sekolah Menengah, Belia Dan Pelajar IPT

Modul latihan bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dari segi modul dan kurikulum akan dirangka dengan mengambil kira beberapa perkara iaitu tempoh dan tahap usia peserta.

Menerusi YouTube Astro Awani, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, program itu akan melibatkan pelajar sekolah menengah dan belia termasuk yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Kadang-kadang kita dapat lihat ada pelajar-pelajar yang tidak memasuki universiti, mereka itu kita gulungkan sebagai belia yang terlibat dengan PLKN,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, melihatkan kepada modul-modul yang sedang dirangka dan sekiranya dimuktamadkan, latihan-latihan ini bukan sahaja terhad kepada pelajar sekolah menengah sahaja, malah golongan belia yang melanjutkan pelajaran ke universiti dan tidak menyambung pelajaran ke mana-mana turut akan dilibatkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo Digital

“Oleh kerana itu, buat sekarang ini kita melihat kepada tempoh masa dan tahap umur bagai memastikan program ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” ujarnya menerusi persidangan parlimen hari ini.

Terdahulu, PLKN telah diperkenalkan pada 2004 oleh pentadbiran terdahulu bagi memperkasa nilai jati diri dan kenegaraan belia sebelum dimansuhkan pada tahun 2018 yang lalu.

Kini, PLKN 3.0 dihidupkan semula dengan perincian kajian yang lebih teliti serta berteraskan modul-modul pembelajaran yang terkini melibatkan ketahanan daya lasak dan akademik secara menyeluruh.

Sumber: YouTube Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd