Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pesakit Meninggal Dunia Dalam Ambulans, Laluan Dihalang Pemandu Perodua Kembara

Seorang pesakit dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital gara-gara sikap pentingkan diri seorang pemandu apabila laluan ambulans dihalang di Sri Aman, Sarawak pada Jumaat.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Suprintendan Mathew Maggie berkata, pemandu Perodua Kembara sudah dikenakan tindakan selepas halang sebuah ambulans di Kilometer 6, Jalan Kuching-Sri Aman dekat Jalan Kampung Entulang Bungkang, di sini, kelmarin.

Pemandu berkenaan dikenakan tindakan mengikut Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 iaitu Kesalahan Tidak Beri Laluan kepada ambulans.

“Pada Jumaat lalu sekitar jam 3 petang, tular sebuah kenderaan di media sosial yang tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans yang membawa pesakit ke Hospital Sri Aman.
“Sehari selepas kejadian itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman mengambil tindakan mengesan kenderaan itu dan pemandunya,” petik satu kenyataan.

ambulans dihalang pemandu

Artikel lain: Kerajaan Cadang Wujudkan Ambulans Udara Milik JBPM Menjelang Akhir Tahun Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Mathew turut memberi peringatan agar semua pengguna jalan raya mematahu undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan.

Ini kerana semua lalu lintas hendaklah apabila diberi amaran tentang kehadiran apa-apa ambulans, kereta bomba mahupun kenderaan polis hendaklah memberi laluan yang lapang kepada kenderaan-kenderaan itu.

Sebelum ini tular sebuah video berdurasi 53 saat di media sosial memaparkan laluan sebuah ambulans dihalang pemandu Perodua Kembara yang di Sri Aman.

Difahamkan seorang pesakit meninggal dunia dalam perjalanan ke hospita gara-gara sikap pentingkan diri seorang pemandu yang tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/watch/?v=886931226241519&t=182

Apa yang membuatkan ramai marah, pemandu berkenaan masih tidak memberi laluan kepada ambulans berkenaan meskipun sudah lama membunyikan siren kecemasan.

Sumber:  FB Sarawak Viral News, Polis Sri Aman

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen. Mana tidaknya,...

Sosial

Seorang lelaki tampil memberi penjelasan susulan tular insiden membabitkan sebuah Toyota Alphard dan penunggang motosikal di Taman Johor Jaya di Johor Bahru yang berakhir...

Lokal

Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita yang disembunyikan di dalam sebuah beg dan ditanam di kawasan belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd