Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

YWM Rai Impak Positif Wakaf, Terima Peruntukan Kerajaan RM35 Juta

Kerajaan telah menyumbang sebanyak RM35 juta bagi menyokong dua program wakaf iaitu myWakaf PTPTN dan Permodalan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) bagi  menyokong dan merancakkan ekosistem wakaf di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan kerajaan sebanyak RM30 juta disalurkan untuk menyokong myWakaf PTPTN yang dilancarkan tahun lepas manakala RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Berhad.

myWakaf PTPTN, PWNB terima peruntukan kerajaan RM35 juta

Peruntukan Kerajaan

“Dana yang diputuskan setakat ini untuk menyokong ekosistem Wakaf Malaysia iaitu RM30 juta untuk program myWakaf PTPTN. Yang ini, biasiswa wakaf pendidikan yang diurus bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan PTPTN.
“Dan kedua, untuk modal awal pembentukan entiti Permodalan Wakaf Nasional Berhad dan ini RM5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 bertemakan “Wakaf Membangun Malaysia MADANI” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari ini.

Program myWakaf PTPTN dilancarkan pada tahun lepas dan pengumuman peruntukan RM30 juta itu merupakan suntikan baharu kerajaan bagi tahun ini untuk membantu mahasiswa daripada kalangan asnaf, M40 dan B40.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peruntukan Kerajaan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia

Permodalan Wakaf Nasional Berhad pula bertujuan menguruskan dana wakaf yang lebih besar khususnya dalam membantu pembangunan kewangan sosial Islam (wakaf, baitulmal, zakat).

Artikel lain: KPT Terima PPTM 2025-2035, Capai Visi Malaysia Hab Pendidikan Tinggi Bertaraf Dunia

Sementara itu, dalam usaha membawa wakaf Malaysia ke peringkat lebih tinggi, Waqf Exchange Traded Funds (ETF) telah diapungkan ke Bursa Malaysia yang merupakan produk inovasi wakaf pertama di dunia, menggabungkan elemen pelaburan dan kebajikan.

Inisiatif hasil kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia dan Eq8 Capital Sdn Bhd ini bakal menyalurkan 50% pendapatan pelaburan sebagai wakaf manakala baki 50% diberikan kepada pelabur sebagai dividen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pengisian aktiviti Bulan Wakaf Kebangsaan tahun ini memberi tumpuan kepada aspek penerimaan dan pengagihan dana wakaf, yang mana kedua-duanya penting untuk meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pengurusan dana wakaf yang diuruskan oleh YMM dan Majlis Agama Islam Negeri.

“Dari segi penerimaan dana wakaf, semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang agama boleh menyumbang kepada wakaf dan menerima manfaatnya,” kata YWM dalam satu kenyataan.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd