Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pertandingan Debat Rakan Muda Anjuran KBS Pupuk Kemahiran Kritis, Kepimpinan Belia

Pertandingan Debat Rakan Muda Debating Championship Peringkat Negeri Selangor 2024 telah berlangsung dengan kejayaan mengumpulkan 18 buah sekolah menengah awam dan swasta dengan penyertaan 90 orang peserta.

Foto: Instagram kbsmalaysia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan berkata, pertandingan tersebut dianjurkan oleh KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sebagai platform pembangunan belia.

“Tema pertandingan “Mengemudi Revolusi Digital dan Masa Depan Masyarakat bertujuan mengembangkan kemahiran berfikir kritis, komunikasi, pengetahuan am dan kepimpinan dalam kalangan belia.
“SMJK Katholik Petaling Jaya dinobatkan sebagai juara pertandingan, manakala Sri KDU Kota Damansara tersenarai sebagai naib johan, dan Audric Kwan dari SMJK Katholik Petaling Jaya dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik dalam pertandingan akhir,” katanya pada Selasa.

Pertandingan yang dijalankan secara hibrid itu bermula dengan pusingan awal dalam talian dari 30 November hingga 1 Disember 2024, sebelum mencapai peringkat separuh akhir dan akhir secara fizikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Instagram kbsmalaysia

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan mencemar duli ke majlis tersebut.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Ketua Setiausaha KBS Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Azura Abidin.

Selain pertandingan debat, program turut merangkumi aktiviti sampingan seperti pameran Rakan Muda dan persembahan kebudayaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk maklumat lanjut berkaitan program berkenaan, orang awam boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan di talian 03-8871 3100 atau e-mel [email protected].

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd