Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Demi Kestabilan Serantau, Malaysia-Kemboja Perkukuh Kerjasama Pelbagai Sektor

Perkukuh Kerjasama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di ibu negara.

Pertemuan itu menyentuh kepentingan memperkukuh hubungan dua hala yang meliputi pelbagai bidang strategik antara kedua-dua negara.

“Kami membincangkan terkait kerjasama antara kedua-dua negara yang perlu terus diperkukuh demi manfaat dan kesejahteraan bersama,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Kredit Foto: Sadiq Asyraf

Malaysia-Kemboja Perkukuh Kerjasama

Antara sektor yang diberi penekanan ialah pelaburan dan perdagangan, industri halal, keselamatan siber, perbankan Islam, tenaga, pertahanan, pelancongan, pertanian serta pendidikan.

Kredit Foto: Sadiq Asyraf

Artikel lain: Deklarasi KL: Malaysia Sebagai Pemacu Agenda Serantau Dan Global

Kredit Foto: Sadiq Asyraf

Menurut Anwar, kerjasama erat yang terjalin menjadi bukti komitmen kedua-dua negara untuk terus memainkan peranan aktif dalam membentuk rantau yang stabil dan makmur.

“Kerjasama erat ini adalah manifestasi kesungguhan kedua-dua negara untuk memainkan peranan aktif dalam membentuk rantau yang aman, stabil dan makmur,” katanya lagi.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd