Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perdana Menteri Pelik, Tiada Suara Pembangkang Sokong Banteras Rasuah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa pelik apabila tiada satu suara di kalangan ahli Parlimen pembangkang yang sokong langkah banteras rasuah.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau menyokong usaha-usaha kerajaan untuk mengekang rasuah termasuklah cadangan usul penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menjadi pembangkang sebelum ini.

Perdana Menteri pelik tiada suara pembangkang sokong banteras rasuah

Artikel lain: Anwar Ibrahim Nafi Dakwaan Kerajaan Perpaduan Tak Tegas Dengan Rasuah

“Kalau ada langkah berani (untuk memerangi rasuah) saya sokong. Malah saya kata mengapa belum cukup berani.
“Kalau saudara lihat dalam media sosial, istilah penyakau itu paling ditakuti, dimarah dan digeruni oleh sesetengah puak.
“Saya hairan. Padahal amalan penyakau itu menyeluruh,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena perasmian Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 di sebuah hotel pada Khamis.

Hadir sama adalah Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, beliau berpendapat golongan yang hidup melakukan kegiatan rasuah termasuklah ahli politik, elit, tokoh korporat atau pengurusan kerajaan tidak akan selesa apabila majlis atau wacana berkaitan jenayah tersebut diadakan.

“Kedua, yang terpalit dengan rasuah akan melawan dengan kencang dan hebat dengan seluruh kekuatan.
“Di Parlimen, melalak tak tentu arah. Sampai ada seorang ahli Parlimen yang marah sangat kerana beliau didakwa (dengan kes mahkamah), kata ini maknanya seolah-olah Perdana Menteri korup.
“Apa buktinya, apa laporannya? Tak apa soal itu antara saya dengan rakan-rakan (kementerian) saya boleh jawab,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar menyeru kepada semua pihak supaya bekerjasama serta memberi sokongan dalam usaha kerajaan dan SPRM membanteras rasuah.

“Bila saya sebut puluhan bilion ringgit disakau, itu bukan dibesar-besarkan. Ia berdasarkan pemahaman peribadi saya, sebagai Menteri Kewangan dahulu dan sekarang.
“Aktiviti penyelewengan itu perlu dihentikan dan ditamatkan sekarang,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian (Mukhriz Mat Husin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Sebanyak 141 petugas haji terdiri daripada kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlepas ke Arab Saudi hari ini bagi melaksanakan...

Lokal

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal selepas mangsa yang sebelum ini cedera parah akibat...

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd