Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Penyusutan Nilai Ringgit Bukan Isu Kepada Pelabur Australia – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan penyusutan nilai ringgit langsung tidak menjadi isu kepada pelabur Australia malah, terus komited melabur kerana yakin dengan asas ekonomi negara ini.

Menurut laporan Astro Awani, kedudukan ringgit langsung tidak menjadi topik oleh pelabur selepas mengadakan perbincangan bersama ketua-ketua industri, semalam.

Ujarnya, pelabur hanya menyentuh isu berkaitan asas ekonomi lain seperti inflasi, pasaran saham dan pengangguran.

Penyusutan nilai ringgit

Artikel lain: Ringgit Meningkat, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar Menjelang Pengumuman OPR

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sepanjang pertemuan saya dengan bank, pelabur dan ahli perniagaan, susut nilai ringgit tidak pernah jadi isu. Mereka melihat kepada dasar ekonomi, keyakinan sistem politik, inflasi. Ia (penyusutan nilai ringgit) dikatakan faktor membimbangkan, tetapi tidak menjejaskan.
“(Penyusutan nilai ringgit) membimbangkan, tetapi tidak merunsingkan kerana mata wang kita terikat dengan nilai kadar faedah di Amerika Syarikat (AS). Malah, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yakin ringgit akan kukuh sebab orang akan melihat kepada pelaburan.
“Jika tidak, kita tidak menerima pelaburan RM24.5 bilion dari Australia… (isu) ringgit langsung tidak mengganggu,” katanya ketika menjawab pertanyaan seorang rakyat Malaysia yang kini menetap di Australia pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama diaspora Malaysia di sini, pada Rabu.

Bukan itu sahaja, Anwar turut mendedahkan Malaysia raih pelaburan yang tertinggi dalam sejarah pada tahun lalu dimana pencapaian tersebut tidak akan berlaku jika tiada keyakinan daripada pelabur.

“Ada tindakan sementara. Perdagangan kita dengan China adalah yang paling tinggi, iaitu 25 peratus dalam mata wang tempatan dan ringgit.
:Jika kita boleh kembangkan lagi perdagangan dalam mata wang tempatan, ia akan membantu. Saya percaya, dengan angka-angka pelaburan sebegini, ringgit akan menguat,” katanya.

Sumber: Astro Awani (Nursyazwani Saiful Sham)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Spotlight

Penyanyi sensasi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan konsep luar biasa di festival muzik terkenal, Coachella. Bawa laptop nyanyi lagu lama Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd