Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Penjenayah Siber Guna AI Perdayakan Mangsa – “Tak Mustahil Suara & Wajah Boleh Ditiru..”

Penjenayah siber kini semakin agresif memanfaatkan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan rangkaian rentas platform untuk memperdaya mangsa dengan lebih cepat.

Teknik yang dahulunya memerlukan masa dan tenaga kini boleh dijalankan secara automatik, menjadikan penipuan digital lebih sukar dikesan dan disekat.

Penjenayah siber guna AI perdayakan mangsa

Penjenayah siber guna AI perdayakan mangsa 

Menurut Pakar kriminologi, Nadiah Syariani Md Shariff, penjenayah turut menggunakan video atau audio palsu berasaskan teknologi AI dan deepfake berunsur emosi untuk mendorong mangsa berkongsi data peribadi secara sukarela.

Malah, beliau berkata penjenayah siber kini semakin bijak menyamar sebagai individu dipercayai atau wakil agensi penguatkuasaan bagi mewujudkan rasa autoriti, sekali gus membuatkan mangsa patuh kepada arahan yang kononnya dikeluarkan atas nama undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perlu juga diperhatikan penggunaan bahasa yang kedengaran asing atau seolah-olah diterjemah dari terjemahan automatik serta komunikasi yang tidak konsisten turut menjadi petunjuk.
“Selain itu, penjenayah juga akan mengelak untuk berjumpa atau berbual secara muka ke muka samada pertemuan fizikal atau menerusi panggilan video.
“Ini antara tanda yang paling banyak diperhatikan dalam kes penipuan cinta atas talian.
“Namun, dengan kecanggihan teknologi AI dan deepfake, tidak mustahil kini suara dan wajah seseorang boleh ditiru dengan sempurna,” katanya kepada Malaysia Gazette.

Artikel lain: Kandungan Penipuan Makin Mudah Lolos Di Media Sosial, Jurang Sistem Pengesanan Jadi Punca

Penjenayah siber guna AI perdayakan mangsa

Berdasarkan laporan Bernama, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mendedahkan sebanyak 67,735 kes jenayah dalam talian melibatkan kerugian lebih RM2.7 bilion direkodkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.

Jenayah telekomunikasi merekodkan jumlah tertinggi dengan 28,698 kes diikuti jenayah e-dagang sebanyak 14,881 kes.

Penipuan pelaburan tidak wujud turut menjadi antara penyumbang utama kerugian dengan mencatatkan 9,296 kes manakala pinjaman tidak wujud (8,029), jenayah e-kewangan (5,853) dan Love scam (978).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan terhadap setiap panggilan, mesej atau tawaran dalam talian bagi menggelakkan daripada terjatuh perangkap scam.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd