Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Penipuan Ujian Pensijilan? Toyota Dan Mazda Dilapor Henti Pengeluaran 5 Model Kenderaan

Pengeluar kenderaan antarabangsa dari Jepun, Toyota dan Mazda dilaporkan menggantung pengeluaran lima model keretanya kerana terdapat penemuan amalan penipuan dalam ujian persijilan kebangsaan.

Menerusi satu laporan Harian Metro, dilaporkan bahawa penggantungan pengeluaran model tersebut dibuat selepas skandal penipuan yang melibatkan lima pengeluar kenderaan utama di Jepun didedahkan oleh pihak tertentu.

 Foto: Google

“Berikutan arahan Kementerian Pengangkutan Jepun untuk menghentikan penghantaran model yang terjejas, Toyota Motor Corporation menghentikan pengeluaran tiga model, termasuk Yaris Cross, di kilangnya di Wilayah Miyagi dan Iwate, dengan penggantungan dijangka sehingga 28 Jun.
“Sementara itu, Mazda Motors Corporation menghentikan pengeluaran dua model, termasuk MAZDA2, di kilangnya di Wilayah Hiroshima dan Yamaguchi,” katanya.

Foto: wyborkierowcow.pl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, turut dilaporkan anggaran penggantungan pengeluaran kenderaan itu akan menjejaskan lebih 1,000 pembekal untuk Toyota dan kira-kira 300 untuk Mazda, dan masing-masing tidak menyatakan bila pengeluaran untuk model yang terjejas akan disambung semula.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi berkata, Kementerian Pengangkutan akan mempercepatkan ujian pengesahan pematuhan untuk meminimumkan kesan ekonomi yang berlaku akibat penghantaran beberapa model kenderaan yang terhenti.

“Dengan kesan gabungan yang besar terhadap rantaian bekalan kedua-dua syarikat, gangguan ini menimbulkan kebimbangan besar untuk ekonomi serantau, terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana yang menjadi sebahagian penting dalam rangkaian bekalan, menurut laporan media tempatan,” ujarnya.

Foto: Harian Metro

Untuk makluman, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan mendedahkan bahawa syarikat Toyota, Honda Motor, Mazda, Yamaha Motor dan Suzuki Motor terlibat dalam amalan penipuan haram ketika permohonan persijilan pengeluaran besar-besaran mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Sosial

Permintaan seorang anak yatim piatu, Abdur Rahman, 21, untuk menyunting foto pernikahannya dengan memasukkan semua ahli keluarga yang telah meninggal dunia meruntun hati ramai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd