Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Peningkatan Hutang Kerajaan 2023 Lebih Kecil – Perdana Menteri

Peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan direkodkan pada 8.6 peratus pada tahun lalu berbanding 10.2 peratus pada 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan jumlah keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan pada 2023 adalah sebanyak RM1,172.5 bilion atau 64.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding RM1,079.6 bilion atau 60.3 peratus daripada KDNK pada 2022.

Peningkatan hutang kerajaan

“Peningkatan (hutang) yang lebih rendah ini adalah hasil daripada langkah konsolidasi fiskal kerajaan yang berjaya menurunkan defisit fiskal kepada RM91.4 bilion pada tahun 2023 berbanding RM99.5 bilion pada 2022.
“Komposisi hutang Kerajaan Persekutuan 2023 terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM1,142.7 bilion atau 97.5 peratus dan pinjaman luar pesisir sebanyak RM29.8 bilion atau 2.5 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang minta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci jumlah pinjaman baharu dalam bentuk bon kerajaan dan lain-lain pinjaman, bayaran balik bon kerajaan serta status hutang kerajaan bagi tahun 2022 dan 2023.

Sementara itu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan menjelaskan pinjaman yang diterbitkan Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM226.6 bilion iaitu dua peratus lebih rendah pada tahun lalu, berbanding tahun 2022, yang dicatatkan sebanyak RM230.9 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Bank-Bank Pelaburan Jangka Ekonomi Malaysia Berkembang 4.4-4.8 Peratus Pada 2024

Penurunan pinjaman itu hasil daripada pengurangan terbitan baharu kepada RM92.6 bilion dan RM134 bilion bagi pembiayaan semula hutang yang matang bagi tahun 2023.

“Semua terbitan hutang 2023 dan 2022 adalah diperolehi sepenuhnya secara domestik menerusi terbitan instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) sebanyak RM90 bilion pada 2023 dan RM86.5 bilion tahun 2022.
“Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) sebanyak RM95 bilion tahun 2023, RM85 bilion tahun 2022 dan bil perbendaharaan sebanyak RM41.6 bilion tahun 2023, RM59.5 bilion (2022),” katanya.

Anwar berkata komposisi hutang Kerajaan Persekutuan 2023 terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM1,142.7 bilion atau 97.5 peratus dan pinjaman luar pesisir sebanyak RM29.8 bilion atau 2.5 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang.

“Sementara itu, komposisi hutang Kerajaan Persekutuan 2022 terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM1,050.1 bilion atau 97.3 peratus dan pinjaman luar pesisir sebanyak RM29.5 bilion atau 2.7 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya mengambil kira komitmen jaminan berjumlah RM226.1 bilion dan liabiliti lain berjumlah RM133.7 bilion, kedudukan pendedahan hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM1,532.3 bilion atau 84 peratus daripada KDNK pada akhir Disember 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, Kerajaan Persekutuan kekal komited untuk menurunkan paras hutang seperti sasaran yang ditetapkan di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850) iaitu paras keseluruhan hutang di bawah 60 peratus daripada KDNK yang perlu dicapai dalam jangka masa sederhana.

“Dalam tempoh ini, kerajaan mempunyai ruang untuk menurunkan defisit fiskal dan paras hutang secara beransur-ansur tanpa menjejaskan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat seterusnya meningkatkan kredibiliti kerajaan yang lebih bertanggungjawab,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd