Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peniaga Martabak Nekad Jual Rumah, Bawa Isteri Tunai Haji

Peniaga martabak jual rumah, tunai haji

Seorang peniaga martabak nekad menjual rumah kediaman bagi menampung kos untuk dirinya dan isteri berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

Peniaga martabak jual rumah, tunai haji

Peniaga martabak jual rumah, tunai haji

Memetik laporan Sinar Harian, Yahya Che An, 71, memberitahu, dia bersyukur diberi rezeki menunaikan rukun Islam kelima itu dengan hasil usaha sendiri sebagai seorang peniaga martabak dan pemandu lori.

“Pak cik sanggup hilang harta dunia demi nak cari Rukun Islam yang kelima.
“Bukan apa, esok takut Tuhan tanya kenapa tak pergi (tunai haji) sedangkan ada harta. Kita tiada peguam bela di sana (akhirat). Itulah sanggup jual rumah untuk pergi haji,” kata Yahya di Abraj Al Janadriah selepas tiba dari Mina.

Dalam pada itu, Yahya bersyukur impian yang telah ditanam selama 15 tahun akhirnya terlaksana iaitu menunaikan ibadah haji bersama isterinya, Nor Aini Abdullah, 66.

“Alhamdulillah syukur, hajat sejak 15 tahun sudah terkabul. Memang sukar dan mencabar nak dapat Rukun Islam kelima ini sebab jemaah haji terlalu ramai di sini (Tanah Suci).
“Saya pun dah uzur sikit tapi Alhamdulillah boleh buat (laksana rukun dan wajib haji). Syukurlah apa yang ALLAH SWT berikan. Terima kasih kepada Tabung Haji dan petugas yang banyak membantu,” ujarnya.

Bapa kepada enam cahaya mata itu sempat berkongsi beberapa momen ketika menunaikan ibadah haji dan memberitau situasi paling mencabar adalah ketika dirinya berada di Mina.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bilik air kena beratur panjang, saya sentiasa doa supaya tidak terlalu banyak buang air dan Alhamdulillah dua ke empat jam barulah terasa nak buang air,” ujarnya.
Biarpun sudah selesai melaksanakan ibadah haji Yahya berkata hatinya masih bersedih kerana bakal meninggalkan bumi Mekah tidak lama lagi.
“Sedih nak tinggalkan Mekah, tak dapat nak bayangkan. Ini mungkin kali terakhir ke sini sebab umur pun dah 71 tahun,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi jemaah haji, Ilot Hasan, 69, menceritakan, duit RM100 yang disimpan setiap bulan selama 16 tahun membuahkan hasil apabila dapat menampung kos ke Tanah Suci menunaikan ibadah haji.

Peniaga martabak jual rumah, tunai haji

“Hanya Allah tahu betapa syukurnya saya. Setiap bulan simpan RM100. Ambil masa 16 tahun. Tak banyak, tapi saya tak pernah putus asa.
“Di sini saya banyak berdoa untuk keluarga, adik-beradik dan rakan-rakan. Saya mohon supaya mereka sihat dan dilimpahkan rezeki,” katanya.

Bekas pengasuh itu turut menzahirkan penghargaan kepada petugas Tabung Haji yang sentiasa memberi bantuan kepada jemaah terutama warga emas sepertinya.

“Kalau kita tersalah tempat, mereka tolong hantar balik. Memang banyak membantu. Balik dari Tanah Suci ini saya harap dapat terus istiqamah untuk beribadat,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Hasrat Ruben Onsu Tunai Haji Lebur, Visa Furoda Tidak Diluluskan

Untuk rekod, penerbangan pertama jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci untuk musim haji 1446 Hijrah/202 pada 29 April 2025, dan penerbangan terakhir dijadualkan pada 1 Jun 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Nur Farhana Abdul Manan)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd