Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pengikut Sambut Baik Lil Jon Peluk Islam, Ruangan Komen Di IG Penuh Kata Pujian

Penyanyi rap, Deejay (DJ) dan penerbit muzik Amerika terkenal, Lil Jon mengumumkan dia telah memeluk agama islam pada Jumaat lalu.

Foto: Daily Sabah

Menerusi satu laporan berita Turki iaitu Daily Sabah, penyanyi berusia 53 tahun itu dikatakan melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris di sebuah masjid di Los Angeles, California.

“Lil Jon menjadi orang Amerika kedua selepas penulis dan aktivis Amerika Shaun King yang terkenal dilaporkan memeluk Islam pada minggu pertama Ramadan,” katanya.

Lil Jon yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram berkongsi berita pengislamannya itu melalui satu hantaran di aplikasi tersebut semalam.

View this post on Instagram

A post shared by LIL JON (@liljon)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata semangat di ruangan komen milik penyanyi itu.

Bangga dengan kamu!

Alhamdulillah, Takbir !

Selamat datang!

Sementara itu, terdapat juga rakan-rakan artis dan pempengaruh media sosial lain yang turut meninggalkan komen positif di ruangan komen hantaran Instagram penyanyi rap tersebut.

MashaAllah..

May Allah keep you steadfast !

Welcome to the Ummah

Untuk makluman, Lil Jon atau nama sebenarnya Jonathan Smith dilahirkan pada 17 Januari 1971 pernah mengetuai kumpulan Hip Hop Lil Jon & The East Side Boys dan sering berkolaborasi bersama-sama Pitbull.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga antara pelopor subgenre ‘crunk’ dan pernah mendapat perhatian daripada pihak Akademik Rakaman Grammy untuk beberapa buah lagu seperti Yeah!” (Persembahan Rap Terbaik) dan “Turn Down for What” bersama DJ Snake (Video Musik Terbaik.

Sumber: Daily Sabah, Instagram Lil Jon

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Dunia

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengakui negara itu kini berdepan kekurangan bekalan bahan api susulan serangan berulang Ukraine terhadap kemudahan tenaga dan infrastruktur kritikal Rusia,...

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd