Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengemis Warga Asing Raih RM500 Sehari Bazar Ramadan, Tidur Kat Hotel

Baru-baru ini, pihak polis telah membuat serbuan pengemis warga asing dengan menangkap dalang utama sindiket tersebut menerusi Op Pengemis di bazar ramadan di sekitar Melaka, dimana kegiatan pengemis warga asing itu telah berjaya meraih wang sedekah sekitar RM500 sehari.

Menurut laporan Kosmo, suspek lelaki tempatan yang berusia 35 tahun telah ditangkap bersama dengan tiga lagi warga asing dalam lingkungan umur 33 hingga 46 tahun yang dipercayai dibawa dari Kuantan.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, serbuan tersebut dilakukan selepas mendapat aduan daripada orang awam yang memaklumkan peningkatan aktiviti pengemis tersebut di bazar ramadan, pusat beli belah dan pasar raya.

Polis turut menjalankan kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyekat kegiatan tidak bertanggungjawab tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam Op Pengemis dijalankan, kita berjaya menahan empat individu termasuk tiga lelaki warga asing kerana terlibat dalam aktiviti mengemis kononnya bagi tujuan pembinaan sebuah sekolah agama di Selatan Thailand.
“Kita juga merampas dokumen-dokumen yang digunakan bagi tujuan memperdaya orang ramai dan wang tunai berjumlah RM736,” katanya.

Aapa yang lebih mengejutkan, warga asing yang dibawa dari Kuantan ke Melaka semata-mata melakukan aktiviti mengemis  telah disediakan hotel di Jalan Tun Perak untuk penginapan.

“Dalang utama ini bertanggungjawab membawa tiga warga asing itu ke Melaka dengan menggunakan kenderaanya bagi tujuan mengemis dan menguruskan tempat tinggal mereka di sebuah hotel di Jalan Tun Perak di sini.
“Sindiket ini turut juga memperolehi hasil kutipan harian antara RM400 sehingga RM500 dengan menyasarkan tapak-tapak bazar Ramadan,” ujarnya lagi.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda.

Sumber: Kosmo (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Bisnes

Siapa sangka di sebalik jenama pakaian tempatan yang kini menjadi pilihan ramai, tersimpan kisah jatuh bangun seorang anak muda yang pernah bergelut demi kelangsungan...

Sukan

Penyerang sensasi Iran, Mehdi Taremi, dilaporkan mahu meninggalkan karier profesionalnya di Eropah untuk pulang menyertai tentera bagi mempertahankan negaranya susulan ketegangan geopolitik yang semakin...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki cina dikenali sebagai Henry Ong berasa teruja apabila merasai pengalaman baharu berbuka puasa di masjid. Rasai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd