Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Pengarah Nafi Filem La Luna Hina Islam, Pemikiran Liberal

Pengarah filem La Luna, M Raihan Halim menafikan dakwaan penulis skrip bahawa karya tersebut mempunyai eleman penghinaan ke atas agama Islam dan pemikiran liberal.

Menerusi laporan Utusan, Raihan berkata, filem komedi Singapura – Malaysia itu adalah bagi membincangkan isu penunggang agama secara kritis di layar.

Pengarah nafi filem La Luna hina Islam

“Saya menghargai pandangan dan ulasan yang dikongsikan beliau secara terperinci. Sebagai pengkarya, saya berbesar hati menerima apa sahaja maklum balas.
“Cuma, saya ingin menegaskan La Luna tidak mempunyai elemen liberal mahupun anti agama Islam seperti didakwa.
“Filem ini menceritakan bagaimana seorang individu menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Ini cerita tentang istilah penunggang agama,” katanya.

Raihan berkata, La Luna pernah ditayangkan di beberapa negara seperti Jepun, Belanda, Singapura, dan Indonesia namun tidak pernah mendapat maklum balas negatif berhubung jalan cerita filem berkenaan.

“Setiap negara memberi respons yang pelbagai. Contohnya ketika La Luna ditayangkan di Jepun, masyarakat di sana memandangkan filem ini sebagai kritikan terhadap patriarki.
“Manakala di Belanda, orang di sana memandang La Luna sebagai filem yang mengangkat isu keganasan rumah tangga.
“Bagi masyarakat di negara luar termasuk eropah, La Luna bukanlah sebuah filem tentang agama Islam,” ujarnya.

Mengulas mengenai subteks, dia berharap penonton dapat mendalami watak utama Salihin Arshad yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Penulis Dakwa Filem La Luna Ada Unsur Penghinaan Islam

“Itulah watak utama dan paling penting dalam filem ini. Bagaimana Salihin membuka hati dan perasaan memahami pandangan yang berbeza dari kedua-dua pihak.
“Itulah yang sepatutnya kita lakukan iaitu cuba mendengar perspektif yang mungkin berbeza daripada fahaman kita,” jelasnya.

Sebelum ini, penulis Zabidi Mohamed mendakwa penerbit dan pengarah filem itu mempunyai niat bagi meremeh serta memperlekeh agama Islam.

Selain Shaheizy, La Luna turut dibintangi oleh Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Nam Ron dan ramai lagi.

Sumber: Utusan (Wafa Aula)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd