Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengarah Jabatan Kerajaan Ditahan SPRM, Syor Syarikat Suami Sebagai Pembekal Makanan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang pengarah jabatan kerajaan kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dengan mengesyorkan syarikat suaminya bagi pembekalan makanan dan minuman untuk sebuah program pada 2017.

Pengarah jabatan kerajaan ditahan

Menurut laporan Bernama, sumber berkata, suspek wanita yang berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 11 pagi Selasa di Pejabat SPRM Pulau Pinang di sini ketika hadir memberi keterangan.

Pengarah jabatan kerajaan

Foto: Bernama

“Berdasarkan siasatan awal, suspek sebelum ini dipercayai telah menyalahgunakan jawatan ketika berkhidmat sebagai pegawai di Seberang Perai Utara dekat sini.
“Suspek dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan syarikat milik suaminya melibatkan pembekalan makanan serta minuman bernilai hampir RM4,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Artikel lain: Pegawai PBT Gred Jusa B Disyaki ‘Makan Suap’, SPRM Beku Akaun RM7 Juta!

Pengarah jabatan kerajaan

Foto: Bernama

Beliau berkata suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth pada Khamis.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd