Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pengantin Undang Band Black Metal Hiburkan Tetamu Di Majlis Kahwin

Majlis pernikahan merupakan majlis yang sangat penting dan istimewa untuk pasangan pengantin dan juga kedua-dua buah keluarga.

Sudah pasti ketika majlis berkenaan, persediaan khusus dari segala segi amat dititik beratkan termasuklah untuk menceriakan suasana.

Bukan biasa-biasa ni

Namun, menerusi perkongsian video yang tular di Instagram, pasangan pengantin di Indonesia memilih untuk memberikan persembahan dari band Black Metal untuk ‘dinikmati’ para hadirian.

Melalui posting yang dikongsi akaun Instagram @xtremmerch, pasangan yang mengenakan pakaian pengantin adat negara tersebut dilihat duduk di tepi pentas utama sambil khusyuk mendengar bunyi muzik keras berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di belakang mereka terlihat band yang anggotanya memakai pakaian dan bersolek mengikut gaya metal begitu rancak bermain alat muzik serta bernyanyi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penonton nampak enjoy pula

Tak hanya itu, mereka yang menonton juga telah menggerakkan-gerakan kepala mengikut rentak lagu black metal yang agak keras itu.

Menjengah ke Facebook pengantin yang dikenali sebagai Bulan Fi Sabilillah, dia telah berkongsi gambar bersama anggota band tersebut diatas pentas bersama suaminya.

Perkongsian berkenaan nyata mendapat perhatian ramai dan rata-rata meninggalkan komen terkejut serta ‘kagum’ dengan acara di majlis pernikahan itu.

Para peminat muzik metal juga merasakan persembahan tersebut sangat hebat dan ramai yang ingin mencontohi pasangan terbabit yang mengundang band black metal di majlis pernikahan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @xtrememerch, Facebook Bulan Fi Sabilillah

Siti Hajar
Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit...

Spotlight

Pemain bola sepak terkenal dunia, Neymar dipercayai kantoi berlaku curang dengan teman wanitanya yang sarat hamil apabila tular video dirinya sedang berparti di sebuah...

Spotlight

Nama selebriti Indonesia, Lucinta Luna rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya, ada sahaja kontroversi yang dibangkitkan sehingga menjadi bualan hangat ramai. Malah, sebelum ini dia...

Spotlight

Selebriti Indonesia, Lucinta Luna atau nama sebenarnya Muhammad Fattah mendedahkan dia mengalami ‘morning sickness’ yang teruk susulan kehamilannya. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.