Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Penduduk Israel Cemas, Kebakaran Besar Berlaku Ancam Penempatan Haram Di Bahagian Utara

Al Mayadeen melaporkan kebakaran besar telah melanda beberapa penempatan peneroka haram Yahudi di bahagian utara Israel yang terletak di Tel Aviv, semalam.

Menurut media itu, kebakaran tersebut memaksa pihak berkuasa memindahkan penduduk ke beberapa penempatan lain  di sekitar kawasan al-Jalil Pandhale termasuk penempatan terbesarnya iaitu Kiryat Shmona.

Justeru, sebilangan besar anggota bomba telah dikerah ke lokasi kebakaran, namun  api sudah merebak ke bahagian utara Kiryat Shmona dan menghampiri kawasan perumahan penduduk.

Dalam pada itu, penduduk di penempatan tersebut dan Margaliot diarah untuk berpindah kerana  api merebak pantas ke seluruh kawasan belukar dan  hutan sehingga menyebabkan pihak berkuasa di Kiryat Shimona terpaksa mengadakan lawatan rumah ke rumah untuk mengarahkan mereka berpindah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Al Mayadeen

Walau bagaimanapun, setakat  pukul 8 malam (waktu tempatan), pihak berkuasa telah memaklumkan kepada media tempatan bahawa kebakaran belukar dan hutan itu merebak ke bahagian utara bandar penempatan tersebut.

Pasukan  bomba dan peneroka bertungkus lumus cuba memadamkan api yang menjulang mengelilingi penempatan Israel.

Untuk makluman, di kawasan Golan dan Al-Jalil, sebanyak 15 titik panas dilaporkan ketika kebakaran berterusan berlaku, antaranya disebabkan oleh cuaca panas di kawasan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, kebakaran juga dilaporkan berlaku  di beberapa tempat lain, antaranya Metulla, Kfar Giladi, Mavo Hama dan Shlomi di barat Al-Jalil.

Sumber: Al Mayadeen

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd