Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pencipta Kandungan Tiada Lesen, Lamborghini Lebih RM2 Juta Disita JPJ

Sebuah kereta mewah jenis Lamborghini Aventador milik seorang pencipta kandungan telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati memandu tanpa lesen sah.

Menurut laporan Kosmo Online, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Damansara Heights selepas menghadiri manjlis pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.

Foto: Sinar Harian

Menurut warganegara China itu, dia yang telah menetap di Malaysia selama tujuh tahun baru sahaja membeli kenderaan bernilai lebih RM2 juta itu.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam memaklumkan bahawa penyitaan tersebut merupakan sebahagian daripada operasi khas bersepadu yang dijalankan di Jalan Bangsar, malam tadi.

Hamidi berkata, sebanyak 1,627 kenderaan telah diperiksa dan hasilnya 211 kenderaan dikenakan tindakan dan 463 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo Online

“Kesalahan tertinggi dikesan membabitkan tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan motor, tiada lesen vokasional termasuk tiada insurans dan pengubahsuaian kenderaan.
“Bagi kenderaan yang telah diubah suai, kita beri masa selama 10 hari untuk pemilik mengembalikan kepada keadaan asal sebelum diperiksa semula pihak JPJ,” katanya.

Operasi bersepadu itu yang bermula pada jam 8 malam melibatkan kerjasama daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kekuatan seramai 115 petugas.

Tambah Hamidi, JSPT telah mengeluarkan sebanyak 30 notis saman, manakala JIM menahan tiga daripada 29 warga asing yang diperiksa kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Selain itu, AADK turut menahan dua lelaki penunggang p-hailing serta seorang wanita selepas ujian saringan air kencing mereka didapati positif dadah.

Sumber: Kosmo Online (Harrith Hisham, Arina Mohd, Noor dan Amal Hayati Fauzi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd