Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rogol, Amang Seksual Remaja… Penceramah Bebas Dipenjara 15 Tahun!

Seorang penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 33, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas disabitkan tiga pertuduhan rogol dan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, empat tahun lalu.

Penceramah bebas lakukan amang seksual dalam kereta

Menurut laporan Sinar Harian, keputusan itu dibuat Hakim Noridah Adam pada Khamis selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melibatkan tertuduh yang lebih dikenali sebagai Fathi Na’im.

Permohonan penangguhan hukuman oleh tertuduh turut ditolak mahkamah.

pencermah bebas

Foto: Sinar Harian

“Mahkamah berpuas hati selepas meneliti keterangan saksi-saksi dan mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Oleh itu, dia didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan,” katanya.

Dalam prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nur ‘Ayuni Jamri menegaskan kepentingan awam perlu diutamakan selain mengambil kira keseriusan jenayah seksual kanak-kanak, justeru mencadangkan hukuman berat.

Artikel lain: Penceramah Bebas Ditahan, Disyaki Rakam & Sebar Video Tak Senonoh Dengan 4 Isteri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, penceramah bebas tersebut yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan dengan alasan perlu menanggung tiga isteri serta lapan anak yang masih bersekolah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di dalam sebuah kereta di kawasan parkir Dataran Eco World, Bandar Baru Puncak Alam pada Jun 2021

Bagi dua pertuduhan berikutnya, tertuduh merogol mangsa di lokasi sama pada awal dan hujung Julai tahun sama, masing-masing sekitar jam 3 petang dan 7 petang.

penceramah bebas

Kesalahan itu didakwa mengikt Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang perbicaraan bermula September 2023 hingga Januari lalu, enam saksi termasuk mangsa tampil memberi keterangan bagi pihak pendakwaan.

Tertuduh pula menjadi satu-satunya saksi dalam perkembangan yang bermula 25 Julai lalu.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Tindakan sekumpulan pelancong yang dipercayai dari Malaysia mencetuskan kemarahan ramai selepas didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China. Tutup hidung dan menjerit-jerit di...

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd