Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pempengaruh Indonesia Temui Ketenangan, Peluk Islam Di Hujung Ramadan

Pencipta kandungan terkenal Indonesia, Steven Wongso dilaporkan memeluk Islam baru-baru ini menjelang penghujung Ramadan.

Seorang pendakwah Ustaz Felix Siauw berkongsi satu hantaran di Instagram menceritakan bagaimana Steven mendekati Islam sebelum mengambil keputusan besar untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Foto: IG felix.siauw

Menerusi hantaran tersebut, Felix menceritakan bahawa Steven sudah lama berminat untuk belajar tentang Islam.

Setahun lalu, Felix pernah dihubungi pencipta kandungan yang berusia 26 tahun itu untuk berbincang mengenai tujuannya untuk memeluk Islam, tetapi mereka tidak berpeluang berjumpa dek kerana kesibukan masing-masing.

“Setahun lalu Steven hubungi saya, katanya ada perkara nak dibincangkan, tapi sayang kami tak sempat jumpa sebab masing-masing sibuk” 
“Bulan Ramadan tahun ni baru berpeluang untuk jumpa dengan Steven. Kebanyakannya kami menghabiskan masa berbual tentang kehidupan, kebimbangan, percintaan dan juga satu topik ‘bagaimana agama boleh menjadi jawapan bagi kesedihan dan seksaan mental dalam kehidupan’,” tulisnya baru-baru ini.

Dalam perbualan mereka, Steven banyak bertanya tentang bagaimana Islam dapat memberi ketenangan dan membantu seseorang menghadapi dugaan hidup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akhirnya pada 23 Ramadan lalu, Steven memutuskan untuk mengucap dua kalimah syahadah disaksikan oleh rakan-rakan terdekatnya.

Foto: IG felix.siauw

“Ingat lagi 23 tahun lalu saya juga berada di situasi yang sama, mencari kebenaran tentang agama. Dan kini, pada 23 Ramadan Steven mengucapkan syahadah dan menjadi seorang Muslim,” kata Felix.

Menariknya, Steven sebenarnya sudah lama mempraktikkan ajaran Islam sebelum bersyahadah selain sudah tahu cara untuk berwuduk, solat, dan berpuasa dan ini membuatkan perjalanannya dalam memeluk Islam menjadi mudah.

Terdahulu, Steven meminta bahawa berita dia memeluk Islam ini dirahsiakan, namun Felix meminta izin kepadanya untuk berkongsi berita baik ini supaya ia dapat memberi inspirasi kepada orang lain.

Sumber: Instagram felix.siauw

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Sosial

Seorang suami yang kehilangan isteri pada tahun 2024 berkongsi rutin hariannya yang tetap setia menziarahi pusara arwah, malah mengakui masih sukar menerima pemergian insan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd